Viral
Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila jenazah Dali Wassink iaitu suami kepada pelakon Jennifer Coppen dari Indonesia diuruskan secara kremasi atau dibakar.
Sungguhpun sudah memeluk Islam, ramai dalam kalangan netizen tertanya-tanya, mengapakah jenazah Dali tidak dikebumikan seperti jenazah muslim lain.
Mualaf
Justeru, media Indonesia melaporkan, urusan pembakar jenazah telah diuruskan oleh keluarga Dali sementara Jennifer tidak mempunyai kudrat untuk berbuat apa-apa.
Namun, ketika upacara menabur abu di Pantai Lembeng, Bali pada Ahad, Jennifer membuka mulut dan memberitahu sebab utama mengapa jenazah suaminya dibakar, bukan dikebumikan.
“Kenapa Papa Dali (panggilan untuk suaminya) dibakar? Saya mahu minta kalian hargai sahaja keputusan keluarga. Dan itu memang permintaan Papa Dali," jelas Jennifer.
Sungguhpun begitu, Jennifer tetap menegaskan bahawa Dali telah memeluk Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban
ARTIKEL BERKAITAN: Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf, Kini Bulan Bintang Nak Belanja Pasangan Honeymoon Percuma Di Bali!
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Mualaf, Nana Mahazan Tak Pening Fikir Giliran Pulang Beraya
ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Peri Akui Dirinya Seorang Mualaf, Dedah Tiada Yang Baca Yasin Ketika Bapa Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: "Masa Diberi Suntuk" - Daqmie, Perkim Datuk Keramat Lancar Single Raya 'Yang Mulia', Angkat Kisah Mualaf Malaysia
Namun, Jennifer memberitahu, Dali masih belajar dan belum mengerti soal kewajiban dikebumikan.
"Memang Papa Dali mualaf, Papa Dali baru belajar agama Islam dan dia belajar (tentang agama Islam). Sebelum makan dia baca Bismillah, sebelum Kamari (anak) makan diminta baca Bismillah. Masuk rumah sebut Assalamualaikum," ungkap Jennifer.
"Tapi mungkin belum belajar banyak, jadi Papa Dali belum terlalu mengerti tentang agama Islam. Dan memang itu permintaan Papa Dali… Dia ingin dibakar. Tolong dihargai sahaja keputusan Papa Dali. Sekarang Papa Dali sudah tenang," katanya lagi.
Jennifer Coppen juga membantah isu lain. Dengan tegas, dirinya mengaku sudah mengadakan tahlil di rumah walaupun tidak dikongsi ke media sosial.
Difahamkan, Jennifer menyimpan sebagian abu Dali dalam botol kecil yang dijadikan kalung.
Untuk rekod, Dali Wassink meninggal dunia di hospital selepas mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Sunset Road, Kuta, Bali pada 18 Julai 2024.
Sumber: IDN Times