Laman Utama

“Jerit-Jerit Dalam Flight…”- Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Bawa Aafiyah & Afwa Naik Flight Tanpa Datuk K

Syafiqah Jalal
26/06/2022
07:30 MYT
Sponsor Banner
“Jerit-Jerit Dalam Flight…”- Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Bawa Aafiyah & Afwa Naik Flight Tanpa Datuk K
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman membawa kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Mohd Afwa menaiki kapal terbang tanpa ditemani suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau terpaksa reda apabila suaminya yang turut dikenali sebagai Datuk K tidak dapat ikut sekali kerana ada urusan kecemasan di saat akhir.
“Semalam (kelmarin) ibu first time bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada urgent matters last mint, terpaksa join lambat.
“Walaupun kakak-kakak (pengasuh) ikut tapi dalam flight ibu kena sorang-sorang juga handle Afwa dan Aafiyah sebab duduk tempat yang lain. Ibu tawakal,” kongsinya.
Siti berkongsi perkara itu di Instagram (IG) Story miliknya. Difahamkan Siti sekarang bercuti di Dubai bersama keluarganya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto bersama kedua-dua anaknya itu yang masing-masing berusia empat dan setahun.
Dalam IG Story berikutnya Siti memberitahu anak-anaknya berada dalam keadaan baik meskipun sempat menjerit keriangan kerana terlalu teruja di dalam pesawat berkenaan.
“Alhamdulilah, Aafiyah behave tak kacau ibu. Tapi dia dengan Afwa bergurau excited sampai jerit-jerit dalam flight.
“Bila dah penat main, inilah (tidur) yang paling ibu nantikan. Tapi tetaplah nak peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tidur buas,” tulisnya lagi.
Dalam entri itu dia memuat naik video anak-anaknya sedang nyenyak tidur di tempat duduk pesawat.
Sekadar info, Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar