Hiburan
Jet Peribadi Vokalis Motley Crue Tersasar Di Landasan, 1 Maut & Kekasih Cedera
Jet peribadi milik vokalis band Motley Crue, Vince Neil dilaporkan tersasar daripada landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Scottdale, Arizona, Amerika Syarikat sebelum melanggar sebuah pesawat lain.
Akibat perlanggaran tersebut, juruterbang jet milik Neil maut sementara beberapa penumpang lain dikejarkan ke hospital.
BERITA TRENDING: Kapal Terbang Bawa 176 Penumpang Terbakar Di Busan
Antara mangsa yang cedera dalam insiden tersebut adalah kekasih Nei, Andreani, 43, dan rakannya, lapor DailyNewsUk.
Vokalis berusia 64 tahun itu bagaimanapun tidak berada di dalam penerbangan tersebut.
Jurucakap kumpulan tersebut mengesahkan insiden yang berlaku menerusi cuitan di Twitter pada Isnin.
“Hari ini jet peribadi milik Vince Neil telah terlibat dengan kemalangan di lapangan terbang Scottsdale.
“Juruterbang telah meninggal dunia sementara pembantu juru terbang dan penumpang lain dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami.
“Neil tidak berada dalam pesawat tetapi kekasih dan rakannya mengalami kecederaan.
“Kami sangat berduka cita dengan insiden yang berlaku dan berharap semua yang tercedera segera sembuh,” tulis kenyataan tersebut.
BERITA TRENDING: Influencer Pamer Jet & Kereta Mewah Dipenjara, Rupa Rupanya Scammer
Kumpulan yang terkenal dengan lagu Home Sweet Home, Wild Side dan Without You itu juga berjanji akan memberi bantuan terhadap mangsa yang terlibat.
Menurut laporan sama, jet tersebut tersasar daripada tempat parkir sewaktu mahu mendarat sebelum masuk ke kawasan parkir di sebelah dan melanggar pesawat lain yang diletakkan di situ.