Hiburan

J-Hope Sumbang Ratusan Ribu Kepada Keluarga Mangsa Pesawat Jeju Air

Maliah Surip
04/01/2025
14:51 MYT
Sponsor Banner
J-Hope Sumbang Ratusan Ribu Kepada Keluarga Mangsa Pesawat Jeju Air
Tragedi pesawat Jeju Air terhempas dan mengorbankan 179 penumpang baru-baru ini bukan hanya menarik perhatian dunia tetapi selebriti Korea Selatan, J-Hope.
Anggota kumpulan BTS itu diketahui telah menyalurkan derma atau sumbangan berjumlah RM306,000 kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

BERITA TRENDING: Nahas Jeju Air Korbankan 9 Sekeluarga, Anjing Setia Tunggu Tuan Balik - "Ia Perhatikan Setiap Kereta Lalu-Lalang, Mengintai Mencari Keluarganya"

Sumbangan yang diberikan bintang berusia 30 tahun itu disalurkan menerusi Hope Bridge National pada 2 Januari lalu, lapor AllKPop.
“Saya mengambil keputusan untuk memberi sumbangan sebaik mendengar berita duka tersebut.
“Sebolehnya saya mahu menolong apa yang termampu terutama buat keluarga mangsa.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan menyampaikan takziah buat seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan tragedi ini,” ujar J-Hope menerusi kenyataan yang diberikan kepada media massa tempatan.

BERITA TRENDING: 28 Maut Pesawat Jeju Air Terhempas

BERITA TRENDING: Masalah Teknikal Mungkin Punca Nahas Pesawat Di Muan - Pihak berkuasa

Sikap prihatin dan pemurah J-Hope terutama dalam menghulurkan sumbangan memang diketahui umum sementelah dia juga merupakan anggota organisasi yang terkenal dengan kerja amal, Hope Bridge Honor Club.
Menerusi platform ini J-Hope yang baru menghabiskan khidmat tentera pada Oktober lalu sentiasa memberikan sumbangan dan terlibat dengan aktiviti yang membantu masyarakat dan sosial.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024