Berita
"Jika LGBT Dihalalkan, Maka Dunia Ini Nanti Dipenuhi Dengan Warga Emas Saja" - Kazar
Pelakon Kazar Saisi memberi peringatan kepada orang ramai yang ingin mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menerusi entri di Instagram (IG), Kazar mengingatkan supaya semua pihak berfikir jauh dalam melakukan sebarang keputusan mengenai LGBT ini.
"Jika LGBT dihalalkan maka dunia ini nanti dipenuhi dengan warga-warga emas sahaja.
"Tiada persenyawaan diantara lelaki dan perempuan maka tiada lagi baby akan lahir.
"Maka itu, janganlah terlampau gelojoh dengan kemampuan jasad dan akal bijak yang masih muda dengan melaungkan kepentingan diri sendiri.
"Berfikirlah untuk kesejahteraan semua umat di dunia pinjaman ini," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Kazar dan berharap golongan LGBT ini kembali semula kepada ajaran agama.