Laman Utama
John Abraham, Isteri Positif COVID-19 - "Mujur Kami Berdua Dah Ambil Vaksin..."
Pelakon popular Bollywood, John Abraham dan isteri, Priya Runchal disahkan positif virus COVID-19.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, bintang filem Dhoom itu mengakui telah mengambil suntikan vaksin dan hanya mengalami simptom ringan.
"Saya menjadi salah satu kontak rapat beberapa hari lalu dengan individu yang menghidap COVID-19 dan akhirnya saya dan isteri positif virus itu.
"Kami sedang menjalani kuarantin di rumah dan tidak bertemu dengan sesiapa langsung. Kami juga sudah menerima suntikan vaksin sebelum ini dan hanya mengalami gejala ringan. Terus jaga diri," tulisnya.
Abraham mencuri perhatian umum apabila ramai yang menganggap akaun Instagramnya telah digodam sebelum ini.
Bagaimanapun, Abraham telah tampil menjelaskan situasi sebenar dan berkongsi teaser filem terbaharunya Attack bergandingan dengan Rakul Preet Singh dan Jacqueline Fernandez.
Filem arahan Lakshya Raj Anad itu dijangka ditayangkan pada 28 Januari 2022.