Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Jojo Ghazali Bergurau Bagi No Akaun Bank Dekat Wanita Tawar Diri Nak Jadi ‘Sugarmummy’, Tapi Lain Pula Yang Berlaku - “Disebabkan Korang Bagi Banyak…”

Asyikin Mayudin 23/10/2024 | 07:50 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali berkongsi di Instastory memaparkan paparan skrin mesej daripada mseorang wanita menawarkan dirinya untuk menjadi ‘sugar mummy’ dan sanggup membayar RM200,00.

Nombor akaun bank

Hanya sekadar bergurau, Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ini membalas mesej tersebut dengan meletakkan nombor akaun bank miliknya.

Apa yang menariknya, Jojo berkongsi paparan skrin penyata bank yang memperlihatkan beberapa orang mengirim wang kepada akaun banknya.

“Aku nak duit sugar mommy saja, tak nak duit korang. Thank you, korang ini pelik-pelik la.

“Ya Allah sudah la korang. Pergi bagi kat orang lain itu,” seloroh Jojo.

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Kongsi Rutin Sebelum Bertarung - “Saya Akan Lakukan Solat Sunat & Fokus”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dapat Berlawan Dengan Orang Yang Tumbangkan Cruz” - Pak Azad K.O Lawan Jojo Ghazali Tapi Tetap Rasa Happy

ARTIKEL BERKAITAN: Khabib Nurmagomedov Ajak Jojo Ghazali Berguru Di Dagestan

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Mampu Lakukan Apa Saja Termasuk Berlakon" - Jojo Ghazali

Tidak terhenti di situ sahaja, Jojo turut menerima kiriman wang sebanyak RM345.67 daripada netizen.

“Thank you very much Noranuar,” tulis Jojo.

Murah hati

Bagaimanapun petarung berusia 17 tahun itu bermurah hati untuk memberikan wang yang diterima kepada orang lain yang lebih memerlukan.

“Disebabkan korang bagi banyak sangat kat aku, aku pun nak bagi kat orang yang lebih memerlukan,” ujarnya.

#Sugar Mummy #Jojo Ghazali #Johan Ghazali
;