Hiburan

Jojo Terkejut ‘Rakan-Rakan’ Lama Balas DM Sebab Duit - “Hari-Hari Post Story Tak Ada Pun…”

Asyraf Roslan
24/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Jojo Terkejut ‘Rakan-Rakan’ Lama Balas DM Sebab Duit - “Hari-Hari Post Story Tak Ada Pun…”
Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali meluahkan rasa terkejut apabila rakan-rakanya yang sudah lama tidak menghubunginya tiba-tiba memberi mesej selepas mengetahui dia mahu memberi wang kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Jojo, atau nama sebenarya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, dia sebelum ini tidak pernah menerima mesej daripada mereka meskipun setiap hari membuat hantaran di laman Instagram.
“Korang tahu tak benda paling sakit hati, aku sebelum ini hari-hari post story tapi tak ada pun kawan-kawan lama aku nak reply.
“Tapi sekali aku post nak bagi duit kat orang, hari ni macam-macam. Aku handsome la, kita kawan lama la. Korang ni memang aduh,” kata Jojo.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jauhi Chinggey, Takut Jatuh Cinta” - Jojo Ghazali

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Bergurau Bagi No Akaun Bank Dekat Wanita Tawar Diri Nak Jadi ‘Sugarmummy’, Tapi Lain Pula Yang Berlaku - “Disebabkan Korang Bagi Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Kongsi Rutin Sebelum Bertarung - “Saya Akan Lakukan Solat Sunat & Fokus”

Terdahulu, Jojo berkongsi dimana ada seorang wanita menawarkan dirinya untuk menjadi ‘sugar mummy’ dan sanggup membayar RM200,000.
Hanya sekadar bergurau, Jojo membalas mesej tersebut dengan meletakkan nombor akaun bank miliknya. Selepas berkongsi nombor akaun bank, Jojo telah menerima sejumlah wang daripada beberapa individu.
Bagaimanapun petarung berusia 17 tahun itu bermurah hati untuk memberikan wang yang diterima kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024