Laman Utama
Jual Sambal ‘Ciplak’ Khairul Aming, Wanita Tampil Mohon Maaf – “Tular Kes Sambal Basi, Ia Dibuat Oleh Saya Bukan Khairul Aming…”
Wanita dikenali sebagai Masturaaliyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada personaliti media sosial Khairul Aming, yang juga pemilik ‘Sambal Nyet By Khairul Aming’ berhubung dakwaan menciplak produk tersebut.
Tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut menjadi tular selepas Khairul Aming membuat pendedahan mengenainya di laman sosial Twitter dan Instagram.
Mastura didakwa telah menjual sambal basi dan berbuih kepada para pelanggan yang membuat tempahan kerana menyangka ia produk keluaran Khairul Aming.
“Assalamualaikum, saya Masturaaliyah sayalah orang yang bertanggungjawab terhadap Sambal Nyet yang bukan original. Baru-baru ini terdapat banyak kes sambal basi dan tentunya bukanlah dibuat oleh Khairul Aming tetapi dibuat oleh saya,
“Oleh itu saya ingin membuat permohonan maaf yang sebenar-benarnya kepada pemilik Sambal Nyet yang sebenar dan juga mereka-mereka yang terperdaya yang telah membeli Sambal Nyet yang bukan original.
“Saya menganggap ini sebagai pengajaran untuk diri saya dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini,” katanya.
Video tersebut telah dikongsi Khairul Aming menerusi bebenang di laman sosial Twitter pada petang semalam (Khamis).
Khairul Aming menerusi bebenang tersebut telah membuat tiga tuntutan terhadap wanita berkenaan iaitu menuntut bayaran pampasan tunai, video permohonan maaf dan pengakuan secara terbuka mengenai pemalsuan produk dan membuat kenyataan ‘hitam putih’ di balai polis.
Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys??), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her: pic.twitter.com/PtwtU0B363— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
Must-Watch Video