pls guys im begging pls jgn beli dari reseller ?? aku mintak maaf lg skali sbb sambal selalu tak cukup tp aku dah kat maximum capacity. kami dh all out naikkan sambal ke 4 ribu botol sehari. selagi beli dari reseller selagi tu org mcm ni akan wujud. pls aku merayu sgt2 ????
Sementara itu di ruangan komen Twitter dan Instagram, rata-rata pengikut berang dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab tersebut dan memuji tindakan Khairul Aming kerana mendedahkan identiti individu tersebut.
"Bulan Ramadan pun nak menipu..Tak rasa bersalah ke makan duit haram?".
"Bagus Khairul Aming dedahkan identiti si bedebah ni. Sekurang-kurangnya boleh selamatkan orang lain!"
"Orang berjaya atas usaha sendiri, ehh ada pulak yang nak ambik kesempatan, apa punya perangai pun tak tau lahh..!" antara komen yang ditinggalkan wargamaya.