Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jude Law Cipta Wangian Bau Darah, Peluh & Najis! - "Saya Terbaca Fakta Menarik Tentang ..."

Amri Hassan 26/05/2023 | 01:48 MYT

Bintang Hollywood, Jude Law mencipta haruman dengan aroma yang bukan biasa-biasa. Bukannya berbau buah-buahan atau kayu-kayuan tapi boleh membuatkan orang menjauhkan diri.

Law mencipta wangian berbau seperti darah, peluh dan najis. Faktanya, wangian itu dicipta khusus untuk keperluan penggambaran filem.
Terlibat dalam projek terbaharu filem Firebrand sebagai Raja Henry VIII, filem lakonannya itu menceritakan hari-hari terakhir bersama isterinya sebelum meninggal dunia.
Ketika menjalani proses penggambaran, Law sempat membaca beberapa fakta menarik tentang keadaan terakhir Raja Henry VIII yang mana kaki beliau membusuk sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
"Saya terbaca sejumlah fakta menarik bahawa aroma tubuh Henry boleh dihidu sejauh tiga bilik dari kamarnya. Kakinya membusuk sangat teruk. Dia menyamarkan bau terbabit dengan minyak bunga mawar.
"Saya terfikir akan menghasilkan efek luar biasa jika saya juga berbau kurang enak," katanya seperti dilapor Pagesix.
Justeru, Law mendapatkan pakar untuk menciptakan ramuan yang dapat menggambarkan keadaan Raya Henry VIII dengan tepat ketika beliau menderita kerana keadaan kakinya.
"Dia boleh membuat aroma yang wangi dan dia juga membuat aroma busuk. Entah macam mana dia menemukan variasi darah, kotoran dan peluh yang luar biasa ini," kongsi Law lagi.
Sebelum penggambaran biasanya Law akan menyembur wangian tidak menyenangkan itu ke tubuhnya dan akan memakai sebanyak mungkin wangian terbabit supaya baunya lebih kuat.
"Ketika Law memasuki tempat penggambaran, itu adalah momen yang sangat mengerikan," kata penerbit Firebrand, Karim Ainouz.

#pelakon #Perfume #Najis #Darah #Peluh #Firebrand #Jude Law #Raja Henry VIII
;