Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jumaat Penuh Cerita Sensasi, Kes Mahkamah Dayah, Ali Puteh & Ebit Lew, Kisah Free Hair Isteri Yonnyboii

Syafiqah Jalal 18/02/2022 | 16:23 MYT
Hari terakhir dalam minggu ini dikejutkan dengan banyak cerita serta kisah kes mahkamah seperti balu arwah Abam, Dayah dan Ali Puteh serta pendakwah beas Ebit Lew yang didakwa di Sabah.
Selain itu, Yonniboii juga panas dengan cerita isterinya kelihatan tidak bertudung. Nak tahu cerita lanjut lihat dibawah:
  1. Yonnyboii Tidak Kisah Isterinya On-Off Bertudung
Penyanyi Yonnyboii berharap supaya peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya yang tidak mengenakan hijab di tempat awam.
Yonnyboii berkata, isterinya, Nik Nazira Narriman, 22, masih dalam proses belajar untuk menutup auratnya dengan sempurna. Jadi, dia berharap agar peminat tidak salah sangka jika melihat kelibatnya berjalan dengan wanita yang tidak bertudung kerana imej isterinya yang berbeza.
  1. Nak Pacak Khemah Meniaga Nasi Lalap Tepi Jalan, Ayie Floor 88 Tak Kisah - “Semua Orang Tengah Struggle..”
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham berkongsi perancangannya untuk membuka perniagaan nasi di tepi jalan bersama isterinya, Nur Natasha Ahmad Nawawi yang kini sedang hamil empat bulan.
Memilih lokasi gerai tepi jalan di kawasan Maxim Sentul, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, memaklumkan cabaran membuka gerai tepi jalan itu lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan restoran.
  1. Ebit Lew Berdepan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual?
Pendakwah terkenal, Ebit Lew, dihadapkan di mahkamah di Tenom, Sabah pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.
  1. "Saya Dah Rasa Lega Dah" - Balu Arwah Abam Menang Tuntutan Saman Fitnah Ali Puteh
"Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah," demikian kata balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali ringkas kepada Gempak usai prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Nor Hidayah, 33, diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.
  1. Puteh Akur Kalah Kepada Balu Arwah Abam - "Cuma Saya Akan Buat Rayuan Kerana Ada Fakta Yang ..."
Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
#Ali Puteh #Abam #Ebit Lew #Yonnyboii #Dayah
;