Laman Utama

Jurufoto Wanita 8 Tahun Diganggu Lelaki Gila Seks, Kejar Sampai Ke UK - “Saya Lihat Alat Sulitnya Banyak Kali”

Asyikin Mayudin
14/07/2023
09:41 MYT
Sponsor Banner
Jurufoto Wanita 8 Tahun Diganggu Lelaki Gila Seks, Kejar Sampai Ke UK - “Saya Lihat Alat Sulitnya Banyak Kali”
Menjadi mangsa seksual di media sosial sejak 2016, seorang jurufoto wanita akhirnya nekad membuat pendedahan terbuka dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku jenayah terbabit.
Jurufoto yang dikenali sebagai Acacia Diana menerusi Instagram miliknya mendedahkan lelaki bernama Safiq Rosli menganggunya hingga ke United Kingdom dan pernah ditangkap namun dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah.
Menerusi hantaran di Instagram, jurufoto wanita yang dikenali sebagai Acacia Diana mendedahkan dia diganggu oleh seorang lelaki bernama Safiq Rosli sejak lapan tahun lalu.
"Hai semua. Saya sangat penat, geram dan malas untuk melayan orang bernama Safiq Rosli ini lagi (sopert99). Jika sesiapa mengenali dia dan keluarganya, mohon dapatkan bantuan untuk dia.
"Dia mengganggu saya hingga ke United Kingdom (UK), ditangkap, dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah, kemudian melarikan diri dari negara itu dan terlepas tarikh mahkamahnya.
"Minggu ini dia kembali lagi mengganggu. Syfa Rosli dan Encik Rosli, jika anda berada di luar sana... tolong jaga ahli keluarga anda yang sakit ini.
"Dan @pdrmsia_official tolong bantu. Dah bertahun. Penatlah," luahnya dalam hantaran di laman sosial tersebut.
Acacia turut berkongsi paparan skrin mesej peribadi (DM) berunsur lucah yang dihantar lelaki berkenaan sebagai bukti yang dikumpul sejak 2016 untuk menyokong dakwaannya.
Bahan bukti tersebut termasuklah gambar alat sulit lelaki berkenaan, video memaparkan dirinya sedang beronani serta perbualan berunsur lucah.
Satu laporan polis juga pernah dibuat pada 2018 di sebuah balai polis di Shah Alam, namun gangguan lelaki berkenaan tidak pernah terhenti sehingga Rabu (semalam).
"Dia secara delusi percaya bahawa kami sedang menjalin hubungan cinta dan saya dikelilingi oleh individu yang berniat jahat.
"Dia mencampuri semua yang saya lakukan, walaupun hantaran (posting), yang tidak berkaitan, sebagai tanda saya sedang berkomunikasi dengannya. Tahap khayalannya membimbangkan.
"Saya telah melihat alat sulitnya terlalu banyak kali. Dia tidak sepatutnya dibiarkan wujud dalam masyarakat.
"Kepada @pdrmsia_official dan keluarga Rosli. Tangkap dia kerana melakukan gangguan seksual. Rujuk dia kepada pakar psikiatri dan dapatkan bantuan perubatan," katanya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memohon pihak berkuasa mengambil tindakan secepatnya yang mungkin.
Selain itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ruang komen di perkongsian itu meminta jurufoto wanita tersebut menghantar bukti-bukti berkaitan untuk tindakan susulan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kena Sentiasa Cek” - Caprice Nasihat Ibu Bapa Pantau Phone Anak, Khuatir Baca Novel Online Berunsur Seksual
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar