Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Jurulatih Badminton Mabuk, Didakwa Langgar Mati Penunggang Motosikal

Gempak 29/07/2024 | 11:13 MYT
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.

Langgar Penunggang Motosikal Usia 54 Tahun

Kum Yi Fan, 24, didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian Zulkifli Md Ariff, 54, di lebuh raya lingkaran Puchong di sini, pada jam 2.52 pagi, semalam.
Pertuduhan mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah sama, pekerja bank G. Sanjay Rai, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan tidak berdaya mengawal keretanya sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala penunggang motosikal Irfan Jefri Mohamad Jafri,18.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tun Razak dari arah Jalan Yap Kwan Seng menghala ke bulatan Jalan Pahang di sini pada 5.26 pagi, semalam mengikut Seksyen 44 (1A) akta sama yang membawa hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Langgar Atlet Kayak Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN:Mohammad Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar - "Dia Habiskan Susu Saya, Makan Mi ..."

ARTIKEL BERKAITAN:“40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih, Dia Boleh Tengok Sahaja…” - Bapa

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Minta Maaf, Suami Saya Memang Panas Baran... Tak Boleh Dengar Orang Rem Motor" - Isteri Pemandu Kereta

ARTIKEL BERKAITAN:Polis Cedera Parah Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh.
Peguam Calvin Lim Sin Guan yang mewakili Kum memohon jaminan rendah memandangkan tertuduh tiada pendapatan tetap dan mempunyai tanggungan keluarga, manakala peguam Sharonjit Kaur mewakili Sanjay turut memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mempunyai penyakit asma.
Majistret Fatin Dayana Jalil membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan lesen memandu kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan kes dihadapi Kum dan 11 Oktober bagi sebutan kes Sanjay.
Sumber: SINAR HARIAN
#Kemalangan #badminton #Mabuk #Motosikal #Jurulatih #Jurulatih badminton #Langgar Mati
;