Viral

Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”

Mya Amri
12/04/2024
03:30 MYT
Sponsor Banner
Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”
Sebagai seorang anak, jutawan tudung, Haliza Maysuri mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan penghargaan buat ibu tercinta.
Bukan sahaja diberikan kasih sayang sepenuh jiwa, malah pengasas Bawal Exclusive ini juga tidak lokek memberikan duit raya berjumlah RM10,000 kepada ibunya.
Haliza berkongsi momen itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Video tersebut merakamkan Haliza sedang bersalam dengan ibunya sebelum memberikan sampul raya yang berisi wang.
“Mak bukalah,” ujarnya ringkas.

Beri ibu RM10,000

Sebaik sahaja sampul dibuka dan sejumlah wang dikeluarkan, Haliza sempat berpesan kepada pengikut Tiktoknya supaya jangan berkira dengan ibu.
“Gambar (pada sampul) ni tak berapa nak penting, isinya yang penting. Kalau bagi duit dekat mak tu janganlah sekeping,” ujarnya.
Haliza kemudiannya mengira jumlah duit raya yang diberikan itu di hadapan ibunya.
“Sampul raya paling buruk abad ini, sekali bagi mak duit raya RM10,000.
“Sampul raya terpaling cantik abad in sekali bagi mak berapa duit raya tahun ni?
“Jadi manusia biar buruk rupa jangan buruk hati, Orang yang dihina lagi murah rezeki,” tulisnya.
Terdahulu, Haliza sebelum ini pernah menempah Gaun RM250,000, Bertatahkan 83,900 Kristal Swarovski.

BERITA TRENDING: “Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan 83,900 Kristal Swarovski

Selain itu, Haliza juga memaklumkan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.

BERITA TRENDING: Kalau Kasut Harga Puluhan Ribu Letak Di Kaki, Kenapa Bila Tudung Mahal Cakap Riyak?" - Haliza Maysuri

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar