Laman Utama
Kajol Dakwa Berdepan Ujian Terberat, Hapus Semua Foto Rehat Dari Sosial Media
Pesohor Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi platform Instagram dan Twitter miliknya pada Jumaat.
Aktres kesayangan ramai itu dilihat membuat hantaran dengan berlatar belakangkan warna hitam dan kenyataan mengapa dia memilih untuk berehat daripada media sosial.
“Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup,” tulisnya.
Bintang Dilwale Dulhania Le Jayenge itu mempunyai 14.4 juta pengikut di Instagram. Wanita berusia 48 tahun itu juga telah memadam kesemua foto atau hantaran yang dikongsikan kepada umum di platform sama.
Kajol sebelum ini agak aktif di media sosial terutama di Instagram apabila sering berkongsi foto dan momen keluarga termasuk bersama suaminya, Ajay Devgn, anak perempuan, Nysa dan anak lelaki mereka, Yug.
Selain itu dia juga kerap berkongsi momen throwback lakonannya dalam filem seperti
Gupt and Bekhudi.
Meski tindakannya mencetuskan tanda-tanya, namun peminat tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat agar Kajol mampu melewati fasa sukar dan kekal positif.
Dia akan muncul dalam siri terkini Netflix, India’s Lust Stories 2, sebuah antalogi yang diarahkan oleh Sujoy Ghosh, Konkona Sensharma, R Balki dan Amit R Sharma.