Laman Utama
Kak KM Tak Terkesan Dikecam Kerana Seksi - “Saya Pakai Juga Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang”
Tidak pernah lari daripada imej seksi yang mencolok mata, usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM tidak langsung melatah dengan kecaman ramai mengenai imej yang dibawanya.
BERITA BERKAITAN : Pengasuh ‘Gila’, Campur Pil Terlarang Dalam Susu Agar Bayi Kuat Makan
BERITA BERKAITAN : Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"
BERITA BERKAITAN : Hilang 20 Tahun, Tangan & Kepala Ditemui Beku Dalam Peti Sejuk
BERITA BERKAITAN : Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf - "Saya Menangis, Sangat Sedih"
Menurut Kak KM, ‘kutukan’ yang diterima kerana cara berpakaian yang ditonjolkan langsung tidak memberi kesan kepadanya.
Malah, dia berkata bahawa dia sentiasa terbuka dengan pandangan individu yang tidak senang melihat caranya berpakaian.
Malah ibu empat anak ini menghormati setiap teguran dan pandangan orang ramai.
“Nak pakai macam mana lagi? Saya pakai juga baju lengan panjang, seluar panjang.
“Saya terima teguran semua. Tapi itulah…masing-masing ada pandangan mereka,” seloroh Kak KM ketika ditanya Gempak mengenai imejnya yang sentiasa kelihatan seksi.
Dalam pada itu, Kak KM kini terus melebarkan sayapnya apabila dia merancang untuk membuka kedai makan ‘nasi lemak’ yang bakal diusahakan suaminya.
Jelas Kak KM, dia kini telah membeli sebidang tanah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan tersebut.
“Alhamdulillah, permintaan setiap hari semakin meningkat dan setiap kali kami buka order, memang beratus-ratus bungkus yang diterima.
“Sekarang ini memang kami terpaksa tutup sementara. Terima kasih kepada semua yang menyokong Kak KM kerana apa sahaja yang Kak KM jual, ada sahaja yang order.
“Suami Kak KM memang pernah berniaga, dan kami dalam perancangan. Kami juga sudah membeli tanah di Gombak. Tunggu sahaja,” katanya.