Laman Utama

"Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long" - Tak Larat Kena Kecam, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Amri Hassan
17/03/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
"Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long" - Tak Larat Kena Kecam, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial
Wanita yang tular dengan panggilan Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengejek orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.
BACA: Tular Video Didakwa Hina OKU, Wakil OKU Sentral Buat Laporan Polis... Kak Long 7E Mohon Maaf?
Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.
"Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.
"Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.
"Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya," tulisnya.
Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.
"Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia.
"Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.
"Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan," tambahnya.
Justeru, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.
"Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.
"Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa," coretnya.
Kisah Kak Long yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik di Dungun, Terengganu itu mula menjadi sorotan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.
BACA: Aaron Aziz Mohon Netizen Henti Kecam 'Kak Long Kosmetik' - "Kesian Anak Dia Pergi Sekolah Malu Kena Ejek"
BACA: "Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun ..." - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya ...
Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.
Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.
Sumber: FB Wan Noor Baizura
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar