Laman Utama
Kakak Mangsa Penyondol Dedah Bukti Rakaman Audio, Pernah Bersumpah & Junjung Al-Quran - "Kau Tak Ambil Ibrah Atas Apa Jadi ..."
Kakak kepada Misya, mangsa yang mendakwa telah rumahtangganya telah dipecahbelahkan oleh anak gadis kepada pasangan artis popular tampil mendedahkan situasi tegang yang berlaku dalam keluarga mereka.
BACA: Baru Umur 18 Tahun, Anak Gadis Pasangan Artis Popular Didakwa Jadi Penyondol! Kantoi Check-In Hotel?
Dakwa Nadiah menerusi hantaran di Instagram Storiesnya, mental dan emosi adiknya dipermainkan oleh gadis terbabit.
"Kau menggelabah call adik aku beribu kali hari ini. Kenapa? Sebab kau tak takut Tuhan tapi kau takut viral.
"Korang mainkan mental emosi adik aku, korang creat-kan benda yang menampakkan adik aku yang macam perempuan yang dah mental.
"Kau buat kami percaya yang adik aku ni yang terlalu berprasangka buruk, sampai kami decide bawa dia jumpa psikiatris.
"Kau junjung Al-Quran, kau bersumpah dengan nama Tuhan setiap hari. Kau letak cerai taklik pada adik aku kononnya kau tak buat benda tu.
"Rupanya semua benda tu korang dah plan. Kau play victom supaya nampak salah tu dekat adik aku.
"Korang menang sekarang sebab adik aku dah langgar taklik. Adik aku bergelar ibu tunggal di usia 24 tahun, dengan anak dua yang masih belum kenal dunia.
"Allah tak pernah tidur, Allah Maha Mengetahui, aku percaya suatu masa nanti Allah pasti akan balas. Balas dengan seburuk-buruk pembalasan," tulisnya.
Tambah Nadiah lagi, dia tidak menyangka hubungan sulit itu berlarutan biarpun pernah berkonfrontasi sebelum itu.
"Orang pandang kau tinggi, semua orang puji kau melangit. Kami di sini senyum saja, umur kau 18 tahun tapi pemikiran dan perlakuan kau tak macam 18 tahun.
"Kami simpan lama sebab kami fikir dah stop, lepas apa yang jadi dekat rumah aku. Family kau, family aku, family mentua adik aku. Depan semua orang korang berjanji dan bersumpah.
"Rupa-rupanya korang memang tak takut dengan Tuhan. Korang mencabar kekuasaan Tuhan.
"Kau tak ambil ibrah dari apa yang berlaku dalam family kau sendiri. Kau langsung tak jaga air muka mak bapa kau, kau tak ada rasa simpati dekat mak bapa kau.
"Dorang datang rumah aku, tebalkan muka berdepan kami semua. Tapi kau pijak lumat maruah dorang," tambahnya.
Terdahulu, kecoh di X apabila seorang wanita bernama Misya tampil mendedahkan sikap seorang gadis yang didakwa anak kepada pasangan artis yang mengganggu rumah tangganya hingga bercerai dengan suaminya.
Lebih mengejutkan apabila gadis itu pernah didakwa bermalam di sebuah hotel di ibu kota bersama lelaki yang didakwa suami kepada Misya sekitar Jun lalu.