Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kalau Ada Jodoh Tidak Ke Mana, Serahkan Segalanya Kepada Yang Maha Esa" - Sarah Hilderbrand

Zulaikha Yusof 04/04/2019 | 12:45 MYT
Pelakon Sarah Hilderbrand akui terdapat beberapa orang yang menghantar kiriman mesej selepas berita mengenai perpisahan antaranya bersama pengacara Nabil Mahir tersebar.
Menurut Sarah buat masa sekarang dia masih memerlukan masa untuk diri sendiri.
"Ketika berita mengenai perpisahan kami keluar ada beberapa orang yang mesej menanyakan khabar secara tiba-tiba.
"Sampai sekarang saya tidak membalas mesej tersebut kerana saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
"Lima tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap.
"Saya memerlukan masa untuk diri sendiri kerana masih belum bersedia untuk terkam masuk ke mana-mana hubungan," katanya kepada HLive.
Tambah Sarah dia memohon maaf kepada peminat yang mengharapkan mereka untuk kembali bersama.
"Nak kata sudah sepenuhnya 'move on' itu, agak susah dan itu tidak dapat saya tipu.
"Saya bersama dia untuk satu tempoh yang lama semestinya saya merasakan kehilangan.
"Tetapi saya terpaksa dan ingin 'move on' tanpa memandang apa yang sudah berlaku di belakang.
"Untuk semua peminat di luar sana, yang ingin melihat kami ke jinjang pelamin, saya mohon maaf.
"Perkara ini berlaku di luar jangkaan dan kawalan kami, hubungan kami memang sudah tidak boleh pulih memandangkan sudah beberapa kali kami mencuba.
"Kalau ada jodoh tidak ke mana macam orang selalu cakap, saya serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Pelakon #Nabil Mahir #Sarah Hilderbrand
;