Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

“Kalau Apa Yang Kita Boleh Reveal, Ada Dekat TikTok & IG” - Rosix Omar

Asyikin Mayudin 28/02/2024 | 02:55 MYT

Pencipta kandungan media sosial, Rosix Omar memberitahu dia menghadkan perkongsiannya mengenai kehidupan peribadi rakan baiknya iaitu usahawan Noor Nabila di laman sosial.

BERITA TRENDING: Unfollow Instagram, Sharnaaz Ulas Status Terkini Hubungan Dengan Amelia Christie

Sering memuat naik video melibatkan Nabila dan anaknya iaitu Jebat Jayden, Rosix berkata apa yang dikongsikan itu hanya yang sesuai untuk dipaparkan di media sosial.

“Kalau apa yang kita boleh reveal, ada dekat TikTok dan IG. Yang tak boleh reveal, tak ada la… simple saja. Kalau saya kongsi maksud dia, dibenarkan kongsi.

“Kalau ada teaser sikit-sikit itu, saya rasa dibenarkan kot. Saya rasa la… walaupun saya tak minta izin pun. Tapi kalau saya rasa dibenarkan, saya letak,” katanya kepada Gempak.

Rosix ditemui ketika sidang media LOOP Music Festival yang diadakan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada Selasa.

Ditanya mengenai berita bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktres Amelia Christie yang didakwa mempunyai hubungan rapatnya, Rosix akui dia tidak tahu mengenai perkara itu.

“Saya memang tak tahu apa-apa,” ujarnya yang turut mengakui hubungan Amelia dan Jebat rapat seperti yang dilihat di laman sosial.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad enggan memberikan sebarang komen mengenai hubungannya dengan Amelia yang didakwa sudah putus selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sharnaaz, 38, berkata, dia kini mahu memberi fokus kepada diri sendiri dan anak tunggalnya, Jebat Jayden.

#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila #Jebat Jayden #Amelia Christie #Sharnaaz Amelia #Rosix Omar
;