Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Kalau Dah Tertulis Takdir Allah Saya Akan Berpoligami, Hendak Cakap Apa?” - Amar Baharin

Khairil Khusyairi 28/12/2024 | 07:50 MYT
Pelakon Amar Baharin tampil memberi pendapat berhubung penerimaannya terhadap isu poligami.

Berserah Dengan Ketentuan Tuhan

Menurut Amar, dia lebih memilih untuk berserah diri kepada takdir Yang Maha Kuasa malah mengakui tidak tahu kemungkinan pada masa mendatang.

“Poligami ini ada dalam syarak. Saya tak kata mahu dan saya juga tak kata saya tak mahu.

“Apa yang jadi akan datang kita tak tahu, kalau dah tertulis takdir Allah akan berpoligami, saya hendak cakap apa?

“Saya lebih kepada berserah,” ujarnya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

Fokus Kini Hanya Untuk Keluarga

Suami kepada pelakon dan pengacara Amyra Rosli itu kini hanya memberi fokus kepada keluarga kecilnya saja.

“Secara peribadi saya dan rumah tangga saya rasa dah sempurna, dah cukup dah, Alhamdulillah.

“Kini hanya fokus pada anak-anak dan membesarkan mereka saja,” katanya lagi.

Watak Poligami Buat Ramai Tak Senang Duduk

Melakonkan karakter lelaki yang memilih jalan poligami bernama Dhani dalam drama Berbahagi Suami, Amar gembira dengan reaksi penonton terhadap drama tersebut.

“Kalau orang benci, Alhamdulilah, karakter itu berjaya.

“Ada yang kata bodoh dan pelbagai lagi kata-kata menjurus kepada watak Dhani.

“Kalau dia komen itu berdasarkan drama yang dia tengok, saya okey saja. Mungkin dia faham dengan drama itu. Saya gembira kalau begitu.

“Tetapi kalau dia komen lebih kepada personal untuk saya mungkin saya akan jawab dan balas, tapi selalunya saya tak layan.

“Kalau lebih-lebih sangat saya block saja,” tutupnya.
Untuk info, drama Berbahagi Suami yang menampilkan pelakon seperti Amar Baharin, Siti Elizad, Sharifah Husna, Amy Mastura dan ramai lagi tu kini ditayangkan di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti ‘Malang Si Puteri’ (2024) dan juga ‘Dendam Seorang Isteri’ (2022).

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin Dedah Amyra Rosli Pertama Kali Rasa Pengalaman Keguguran, Usia Kandungan Baru Cecah 1 Minggu – “Sebelum Ini Hanya Dengar Orang Bercerita”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Tanah Milik Keluarga Selesai, Amar Baharin Tunggu Tanah Ganti

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Kena Belajar Rasa Suami Itu Bukan Kita Yang Punya” – Amy Mastura

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang Watak Isteri Kedua, Sharifah Husna Akui Tak Boleh Terima Poligami - “Tapi Kalau Minta Izin Dengan Baik Insya-Allah Kekal”

#Amar Baharin #Drama #Poligami #Takdir #Berbahagi Suami #Berserah
;