Hiburan

“Wanita Kena Belajar Rasa Suami Itu Bukan Kita Yang Punya” – Amy Mastura

gempak
Khairil Khusyairi
21/12/2024
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Wanita Kena Belajar Rasa Suami Itu Bukan Kita Yang Punya” – Amy Mastura
Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura berpendapat bahawa setiap wanita perlu melatih diri bahawa suami itu bukan kita punya.

Para Isteri Harus Bersedia

Menurut Amy, 53, dia berkata setiap wanita harus bersedia menyiapkan diri kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.

"Bukan senang nak rasa begitu (suami bukan hak milik), tapi realitinya begitu. Tiada apa-apa dalam dunia ini bukan kita punya.

"Tapi, bila kita merasakan yang suami itu memang kita punya, datanglah rasa dia hanya milik kita seorang saja.

“Kenapa kita kena rasa begitu (suami bukan kita punya) sebab realitinya dia akan tinggalkan kita. Kalau tidak 'orang lain' yang ambil, Tuhan akan ambil," katanya kepada Gempak.

Amy ditemui pada sidang media drama lakonannya iaitu Berbahagi Suami di The Fleur, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Suami Ada Hak Buat Pilihan

Tambah pelantun lagu Jawapan Kasih itu, dia juga berpendapat setiap suami juga ada hak untuk membuat pilihan manakala isteri pula harus bersedia.

"Nak buat macam mana? Kalau kita rasa dia (suami) sangat kita punya, kita nanti yang susah nak melepaskan. Bila katakanlah kalau orang ambil suami kita, mesti kita meroyan sebab dah tetapkan itu kita punya.

"Saya cakap begini, bukanlah bermakna saya sendiri pun sudah bersedia yang suami itu bukan kita punya, tapi kita manusia kan dan perlu sedia berusaha ke arah itu.

"Saya juga tiada pengalaman lagi (suami berpoligami), tapi saya rasa kalau kita anggap suami bukan kita punya sekurang-kurangnya kita ada ruang merasakan suami itu ada hak memilih," katanya.

Tak Perlu Sorok, Boleh Bincang

Dalam pada itu, Amy turut berpesan kepada golongan suami agar tidak menyorokkan sesuatu di belakang isteri.
"Apapun, kalau kita rasa suami itu kita punya memang kita tak ada pilihan dah. Tak boleh. Tapi, cuma satulah kita ingatkan kepada golongan suami ini adalah lebih baik jangan buat sorok-sorok (poligami).

"Golongan wanita dan isteri sebenarnya amat memahami. Sekiranya mahu (poligami), beritahu untuk sama-sama berbincang. Jangan buat sorok-sorok, sebab itu yang isteri tak boleh terima," ujarnya lagi.

Untuk info, drama Berbahagi Suami yang menampilkan pelakon seperti Amar Baharin, Siti Elizad, Sharifah Husna, Amy Mastura dan ramai lagi tu kini ditayangkan di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti ‘Malang Si Puteri’ (2024) dan juga ‘Dendam Seorang Isteri’ (2022).

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Diingatkan Tidak Sembunyi Pernikahan Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Poligami: Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024