Laman Utama

“Kalau Jatuh Kerana Manusia, Bangunlah Kerana Allah…” - Netizen Love Komen Saiful Apek, Dilabel Paling Rasional

Mya Amri
23/07/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Jatuh Kerana Manusia, Bangunlah Kerana Allah…” - Netizen Love Komen Saiful Apek, Dilabel Paling Rasional
Pelawak dan pelakon, Saiful Apek mendpaat perhatian netizen selepas meninggalkan komen berkaitan dengan isu hangat yang berlaku antara Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir.
Komen yang ditulis di posting Ebit Lew sehari sebelum bermulanya sesi live dermawan tersebut kini telah menerima lebih 14,000 tanda suka.
Menerusi coretannya, Apek menyatakan sebagai manusia sudah pasti ada fasa ujian yang perlu dilalui dalam kehidupan dan ketika ini ketiga-tiganya itu sedang melaluinya.
“Kalau semuanya mudah dan tidak duji, itu bukan ‘dunia’ namanya… Itu ‘syurga’. Tapi demi kebenaran dan kasih sayang, kita perlu pertahankan.
“Kalau jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Dalam pada itu, netizen juga bersetuju dengan coretan Apek dan menyatakan komen yang diberikan pelawak itu sangat neutral serta tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Selain itu, netizen juga berpendapat komen yang diberikan Apek ini juga sangat rasional dengan situasi hangat yang sedang berlaku.
Terdahulu nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram (IG), meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.
Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.
Rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri kemudian menjadi tumpuan apabila memberi teguran mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew dan pasukannya di Gaza.
Antara yang disentuh dalam teguran tersebut adalah mengenai cara pembelian barang bantuan dan mendakwa pihak Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan m ke Gaza tanpa menggunakan khidmat NGO tempatan di negara tersebut.
BACA: Caprice Tuduh Dirinya Sujud Kaki Menteri Di Gaza, Ebit Lew; "Perkara Ini Libatkan Akidah Saya"
BACA: Digelar Dajal & Makan Duit Haram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza
Bagaimanapun pada 22 Julai 2021 (semalam), Ebit tampil menjawab kesemua dakwaan yang dilemparkan kepadanya menerusi sesi live di Instagram.
Ebit menegaskan terpaksa membuka mulut selepas menerima banyak hinaan sehingga menganggu anak dan isteri termasuk keluarga seperti arwah bapanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar