Laman Utama

"Kalau Kau Depan Aku Mungkin Aku Lempang Dulu ..." - Ika Nabella Minta Beri Masa Untuk Nonny Nadirah 'On Track' Balik

Zulaikha Yusof
02/04/2021
00:45 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Kau Depan Aku Mungkin Aku Lempang Dulu ..." - Ika Nabella Minta Beri Masa Untuk Nonny Nadirah 'On Track' Balik
Pelakon Ika Nabella, 32, akui sedih tatkala melihat tindakan kawannya, aktres Nonny Nadirah berkongsi foto seksi di Instagram (IG).
Bagaimanapun, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim enggan mengulas lanjut kerana setiap manusia ada dugaan tersendiri dalam kehidupan masing-masing.
"Sungguh menyedihkan, saya menangis dan berfikir sejak perkongsian pertama tetapi saya tidak mahu membincangkannya dengan sesiapa pun.
"Saya tak mau ulas apa-apa sebab saya manusia biasa. Mata kasar kita ja nampak kita semua berbeza. Apa kita lalui berbeza.. Nikmat dan dugaan hidup kita juga berbeza.
"Tapi hakikatnya.. Kita semua sama. Kita adalah pendosa. Allah tutup aib kita. Bagi dia masa... dia akan okey," tulisnya menerusi sebuah entri di IG.
Tambah pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, dia yakin Nonny bukan seperti yang dilihat kerana dia sangat kenal hati budi anak kelahiran dari Sabah itu.
"Saya kenal hati budi dia. Dia bukan macam itu. Kalau dulu saya selalu menjadi yang jahat. Dia pakai seluar pendek pun tak reti.
"Singlet pun tak tau pakai saya yang mengajar dia fesyen bodoh. Dia tak pernah nak ikut pun. Malu dia kata.. Dia ada prinsip. Dia tau tujuan hidup dia.
"Dia tau sapa diri dia, sapa keutamaan dia. Dia hidup untuk mama dia dan orang-orang yang dia sayang walaupun orang-orang yang dia sayang tu bodoh tak reti hargai dia.
"Dulu saya selalu marah dia jangan jadi bodoh bila sayang orang, sayang diri sendiri dulu baru fikir orang. Tapi saya hanya mampu marah ja la. Dia pun bukan budak-budak," tulis Ika.
Dalam pada itu, bekas pelajar Akademi Fantasia musim enam (AF6) mendedahkan Nonny seorang yang suka berahsia serta menyimpan masalah sejak dahulu lagi.
"Saya kenal dia. Dia pun tau saya kenal dia.. Bukan hashtag bff tapi pernah beberapa kali raya sama-sama. Kalau dia perlukan saya pandai-pandai la dia cari saya.
"Aku ada ja ni. Aku tak nak balik-balik call kau nanti kau benci. Kalau kau depan aku mungkin aku lempang kau dulu baru peluk kau sebab kau tak kongsi dengan aku masalah kau macam kau selalu buat dulu.
"Ini la perangai buruk kau dari dulu suka diam simpan masalah lepas tu buat hal. Jaga diri okey? Kau okey tu aku tau. Bebila masa kau perlukan aku, call. Aku ada ja ni," tulisnya lagi.
Sebelum ini, tindakan Nonny berkongsi foto berpakaian seksi di IG telah mengejutkan ramai orang termasuklah kawan baiknya, penyanyi Mila Jirin.
Usaha Gempak mendapatkan penjelasan Nonny berhubung perkara itu tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar