“Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib
Isteri kepada Allahyarham Pyanhabib, 66, iaitu Zurina Zakaria, 58, melahirkan rasa syukur apabila dapat berada di samping suaminya sebelum meninggal dunia pada 9.30 malam tadi.
Detik terakhir
“Saya sempat ajar mengucap dan minta maaf dekat suami. Saya cakap kat dia masa itu kalau nak pergi, pergilah nanti saya akan menyusul. Selepas saya cakap, air mata dia kering dan perlahan-lahan matanya tertutup.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon & Penyair Pyanhabib Rahman Meninggal Dunia
“Saya gembira dan bersyukur sebab dapat bersama dia saat akhir, ini yang saya takkan lupakan. Selepas dia meninggal ramai sangat orang datang.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."
“Tiga hari sebelum dia meninggal, mata dia jadi tak nampak dan jatuh bilik air, semalam. Selepas itu dia kata nak buang air, jadi saya nak tolong, tapi dia minta saya keluar sebab nak uruskan sendiri.
CPR
Dalam pada itu, Zurina berkongsi arwah suaminya sempat bersandar di bahunya sebelum menutup mata.
ARTIKEL BERKAITAN: “Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib
“Waktu itu kepala suami atas bahu dan saya ingat dia sudah meninggal. Kemudian, saya hubungi ambulans dan sementara tunggu sampai, mereka minta saya buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR).