Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Kalau Pelakon Sendu & Berlagak, Penerbit Pun Berhak Ada Pilihan Sendiri" - Jaja Ishak

Amri Hassan 22/04/2022 | 05:45 MYT

Penerbit drama Jaja Ishak tidak menafikan kecenderungan sesetengah sutradara untuk memilih senarai pelakon kegemaran untuk membintangi sesebuah naskhah.

Jelas Jaja, pelakon yang berdisiplin dan punyai rekod bersih di set penggambaran pastinya punyai peluang lebih cerah untuk mendapat tawaran berlakon pada masa akan datang.
"Sudah tentulah setiap penerbit ada pelakon kegemaran mereka. Kalau ada pelakon 'sendu' (bermasalah) dan berlagak pastilah setiap penerbit ada pelakon kegemaran mereka.
"Sejujurnya saya ada pelakon kegemaran saya sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan masalah dan sikap sesetengah pelakon itu," katanya.
Baru-baru ini, timbul rungutan dalam kalangan artis yang mendakwa adanya penerbit yang punyai sikap pilih kasih terhadap pelakon tertentu hingga menyukarkan mereka untuk mencari peluang berlakon.
Dalam perkembangan sama, Jaja mengulas mengenai senario semasa syarikat produksi yang kerap membuat ujibakat walhal barisan pelakon di Malaysia ada terpinggir daripada tawaran.
"Bukan pelakon tak cukup tetapi apabila sesi penggambaran berjalan serentak sekarang ini, jadi ramai pelakon tidak dapat memberikan komitmen untuk tawaran lain.
"Saya ambil contoh mudah di mana permintaan lebih banyak daripada pengeluaran. Jadi, apabila adanya sesi uji bakat ini kita dapat mencari pelapis baru sebab sampai bila nak harapkan hero atau heroin yang ada sekarang kerana perubahan itu akan sentiasa berlaku.
"Pada saya uji bakat yang dijalankan syarikat produksi adalah satu inisiatif yang baik dan perlu dilakukan," tambahnya.

#pelakon #Viral #Kontroversi #Isu #Penerbit #Jaja Ishak #Pilih Kasih #Favouritism
;