Hiburan
"Kalau Suami Hilang, Cari Rumah Kawan" - Bella Astillah
"Jangan risau kalau suami hilang? Mestilah risau. Tapi saya ada tips, kalau suami hilang kita cari di rumah kawan," demikian seloroh Bella Astillah ketika mengadakan persembahan di sebuah acara jualan raya di Sabah pada Jumaat.
Kata-kata Bella itu mengundang sorakan pengunjung yang hadir membanjiri acara terbabit untuk bertemu dan menyaksikan artis kesayangan mereka.
Malah, ada yang turut bersorak apabila mendengar jawapan spontan Bella itu.
Sebelum Bella naik ke pentas, pengacara majlis membuat pengumuman kepada pengunjung untuk sentiasa berwaspada dan mengawasai barangan serta anak masing-masing.
Sempat juga pengacara terbabit berseloroh agar tidak perlu risau jika suami hilang.
BERITA TRENDING: Didakwa Sindir Bella Astillah, Aprena Manrose; "Korang Yang Hati Busuk, Saya Antara Yang Terawal Tahu…"
PILIHAN PEMBACA: Shila Amzah Cadang Proses Hakam Untuk Selesai Masalah Rumah Tangga - “Semoga Allah Permudah Segala Jalan Untuk Suami Atau Isteri…
Dalam acara sama, Bella turut menyanyikan lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Terus Disakiti) nyanyian asal Ayda Jebat yang turut sama meruntun hati orang ramai.
Terdahulu, rumah tangga Bella Astilla terpalit kontroversi apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas kejadian tersebut.
Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu disebut semula pada Khamis lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
#Viral
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Ruhainies
#Suami
#Raya
#Aidilfitri
#Sabah
#Curang
#Hilang
#Kawan
#Sindir
#Borneo