Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kalut Buat Live TikTok, Peniaga Telur Itik Cemas Tudung Terbelit Dalam Mesin - "Saya Masih Trauma!"

Firdaus 01/07/2024 | 04:55 MYT
Gara-gara leka membuat siaran langsung di TikTok, seorang pengusaha telur itik berdepan detik cemas apabila tudung yang dipakai termasuk ke dalam mesin pembersih telur.

Akui Trauma

Menerusi hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Norizan Jaafar menyatakan dirinya masih lagi berada di dalam keadaan trauma akibat daripada kejadian itu.

BERITA TRENDING:Perkahwinan Tak Indah Seperti Yang Disangka, Ini 10 Negara Dengan Kes Cerai Tertinggi!

Norizan juga dalam pada itu menerusi ruangan kapsyen memberitahu posting berkenaan dibuat bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila mengendalikan mesin.

BERITA TRENDING:Ibu Tunggal Kecewa, Anak Jadi Perempuan Simpanan Sebab Nak Naik Pangkat - “Sanggup Libatkan Diri Dengan Boss Yang Dah Kahwin”

"Masih trauma, bila saya tengok balik geli hati pun ada. Rasa malu juga nak post tapi saya post juga untuk bagi pengajaran kepada semua orang. Jangan terlalu leka bila kita berhadapan dengan mesin," katanya.
undefined
Sementara itu, video yang mencecah hampir 20 juta tontonan tersebut menerima pelbagai reaksi oleh wargamaya.

BERITA TRENDING:Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat

Antara komen yang diterima:

BERITA TRENDING:IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."

"Leka dengan live dari kerja, nasib tak serius. Sentiasa beringat dan berhati-hati,"

"Itu sebabnya mengendali mesin jangan main telefon, bahaya dekat situ,"
"Safety first, lain kali jaga. Bukan salah mesin, salah sendiri tu,"
"Kita kadang-kadang alpa sebab tak fokus dengan kerja dan sekeliling. Yelah kan, kalau benda nak jadi tu, jadi juga, tak kira lah tengah live atau main telefon."
#Viral #Tudung #wanita #Tular #TikTok #Trauma #Telur #Tersangkut #Mesin #Telur Itik
;