Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

Ainun
20/11/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.

BERITA TRENDING: Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, mereka berpisah secara baik walaupun ada yang menganggap mereka tidak seharusnya memilih jalan itu.
“Punca penceraian saya tidak ada kena mengena dengan orang yang ketiga.
“Kami cuba untuk perbaiki hubungan ini tapi bila jodoh kami sampai di sini sahaja.
“Kami redha dan percaya jodoh di tangan tuhan. Kita tidak perlu risau, kita hanya berdoa sahaja”, katanya kepada Gempak.
Emma Maembong berkata demikian ketika menghadiri Malam Gala filem Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

BERITA TRENDING: Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

BERITA TRENDING: “Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

Meskipun Emma dan bekas suami sudah berpisah, tetapi mereka masih menjalankan tanggungjawab bersama untuk menjaga anak bersama-sama.
“Tidak semestinya kalau kita dah bercerai kita akan block sesama sendiri dan benci. Paling saya tidak suka adalah untuk menyekat anak-anak untuk berhubung dengan bekas suami.
“Bagi saya ia tidak baik, sebab ayah mereka adalah hero buat mereka dan saya adalah superwomen untuk mereka. Jadi, tidak perlu untuk bergaduh untuk berebut menjaga anak sebab saya tidak suka anak-anak menjadi mangsa.
“Semuanya okay alhamdulillah. Anak- anak saya pun tidak menunjukkan perubahan.
“Anak-anak tidak mempunyai sebarang permasalahan dan saya dengan bekas suami pun tiada masalah. Semuanya okay,” kongsinya.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangganya dengan bekas suaminya, Shazli Azhar pada 20 Febuari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4 tahun dan Shakil Aryan Shah yang baru berusia setahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar