Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kami Masih Berhubung..." - Baim Wong Tak Baca Komen Di Media Sosial, Mohon Doa Terbaik Selepas Fail Cerai Paula Verhoeven

Umirah Halim 27/11/2024 | 03:41 MYT

Kisah rumah tangga melibatkan pelakon dan pengarah Indonesia Baim dengan isteri iaitu Paula Verheoven masih sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Tak baca komen netizen

Baim atau Muhammad Ibrahim, 43, bagaimanapun memilih untuk tidak membaca sebarang komen di media sosial termasuk berkaitan rumah tanggannya kerana tidak mahu perkara tersebut menganggu fikirannya.

"Saya ini seorang yang sensitif. Ada yang perlu dibaca dan ada tidak. Jika terbaca akan membuatkan saya terfikir tentangnya. Jadi lebih baik tak baca.

"Saya juga tidak mahu salahkan orang lain. Jangan simpan dendam terhadap orang yang bercakap," katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem pertama arahannya berjudul Lembayung yang berlangsung di GSC Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada malam Selasa.

BERITA BERKAITAN: Baim Wong Tuduh Curang, Paula Verhoeven: “Sebagai Isteri Saya Banyak Kekurangan…”

BERITA BERKAITAN: Naik Mahkamah Kes Cerai, Baim Wong - Paula Verhoeven Tak Bertegur

BERITA BERKAITAN: “Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

BERITA BERKAITAN: Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”
BERITA BERKAITAN: Hanya Bertahan 6 Tahun, Baim Wong Failkan Cerai Terhadap Paula Verhoeven

Dalam pada itu, meskipun kes penceraian mereka sedang dalam perbicaraan namun Baim memberitahu dia dan Paula masih berhubung seperti biasa.

Malah, ketika disoal mengenai kemungkinan untuk membatalkan hasrat bercerai dan berbaik, Baim hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya.

"Kami masih berhubung. Sekarang ini juga dia masih hantar WhatsApp.

"Doakan sahaja untuk kami," jawabnya ringkas.

Kisah perkahwinan Baim mula menjadi bualan hangat selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober lalu.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo, 2 tahun.

Dalam perkembangan lain, filem Lambayung arahan Baim Wong ini turut menampilkan pelakon Anna Jobling sebagai salah satu watak utama yang memegang watak Tantri dan bakal memulakan tayangan di Malaysia pada 5 Disember.

Selain Anna pelakon lain yang terlibat adalah Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasem, dan Oka Antara.

#cerai #Rumah tangga #Paula Verhoeven #Wong #Komen #Baim
;