Gaya Hidup
"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!
Pereka fesyen muda di negara ini sememangnya mempunyai bakat terpendam dalam menghasilkan busana dengan pelbagai inspirasi dan kreativiti.
Bagi menyokong dan terus memperjuangkan budaya Malaysia melalui fesyen, pereka fesyen yang juga penganjur acara (FM Group) Jonathan dan Farel Mikhail mengambil inisiatif menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia.
Menurut Farel, pertandingan fesyen itu mendapat sambutan luar biasa yang turut membabitkan penyertaan empat Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.
“Sebenarnya, sehingga ke hari ini kami menerima permohonan dari banyak IPT untuk menyertai pertandingan ICFW.
"Namun, untuk anjuran kali ketiga ini, kami hanya memilih empat IPT sahaja kerana mahu lebih fokus dan pentingkan kualiti.
“Insya Allah, ICFW tahun depan kami akan libatkan lebih banyak IPT untuk menghantar peserta.
“Apa-apa pun kami lihat juga kesungguhan dan rekaan yang bakal ditampilkan. Ini kerana, kami mahukan sentuhan baharu, kreatif dan idea luar kotak terhadap busana tradisional.
“Dalam masa yang sama, ICFW adalah platform buat mereka untuk dikenali dan terus ‘terbang tinggi’ dalam bidang rekaan fesyen. Melalui pertandingan seperti inilah bakat mereka boleh digilap dan bersaing secara sihat.
“Ada juga yang bertanya, buat apa penat lelah memberi ruang kepada para pelajar IPT. Jawapannya adalah rasa tanggungjawab kami sebagai anak muda untuk terus memartabatkan budaya Malaysia,” katanya.
BERITA TRENDING: "Rasa Sakit Hati, Orang Tak Hormat Kedudukan Tanjak Atas Kepala" - Farel Mikhail.
Farel ditemui media pada acara ICFW (sesi pelajar IPT) di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, hari ini (2 Ogos 2024).
Dalam masa yang sama, Farel juga berharap segelintir netizen yang gemar merendah-rendahkan bakat pereka fesyen muda, dapat mengkritik secara membina.
“Tak dinafikan, netizen bebas berkata atau menulis apa sahaja dalam media sosial mereka. Iyalah, itu hak mereka yang kita tak boleh sekat.
“Namun, janganlah menghina atau mengeji rekaan pereka muda yang masih dalam proses belajar. Janganlah patahkan semangat mereka yang berusaha gigih untuk lakukan yang terbaik.
“Kami tahu bagaimana sakitnya rasa dihina dan rekaan kita diperlekehkan. Bukan tak boleh menegur atau komen, tapi biarlah kritikan yang membina. Tegur kelemahan dan cadangkan apa yang lebih baik agar mereka dapat pelajari sesuatu,” ujarnya.
Manakala Jonathan pula berharap ICFW ini menjadi pemangkin kepada anak-anak muda di IPT untuk menyerlahkan bakat mereka.
“Saya rasa berbangga apabila ramai anak muda yang cenderung memperjuangkan busana tradisional yang merupakan sebahagian daripada budaya kita. Inilah masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.
“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen. Jadi ICFW inilah peluang buat mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, tahun 2024 menyaksikan kelainan ICFW berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Keputusan bagi ICFW sesi IPT diumumkan pada 3 Ogos ini, di mana mereka turut berentap dengan pereka fesyen muda yang sudah mempunyai jenama sendiri.
BERITA TRENDING: Penulis Pesona Kebaya Nafi Eksploitasi Kak KM - "Terkejut Ada Tuduh Kami ..."
BERITA TRENDING: Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan
BERITA TRENDING: #GimmeTheMicMY: Baju Dikatakan Tiru Penyanyi Wanita Lain, Shazreen Shaharum Respons – “Kita Dalam Dunia Fesyen, Pusing-Pusing Akan Tersama”
Apa yang istimewa, Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya.
Selain itu, antara penaja yang turut serta menyokong acara ini adalah Affin Bank Berhad, Vivo, Pavilion Damansara Heights, MyCar, Sunshine Asia Group, Famous Amos, Ascott Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1001 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.
Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos. Orang ramai dijemput hadir memakai tanjak bagi memeriahkan lagi acara.Pereka fesyen muda di negara ini sememangnya mempunyai bakat terpendam dalam menghasilkan busana dengan pelbagai inspirasi dan kreativiti.
Bagi menyokong dan terus memperjuangkan budaya Malaysia melalui fesyen, pereka fesyen yang juga penganjur acara (FM Group) Jonathan dan Farel Mikhail mengambil inisiatif menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia.
Menurut Farel, pertandingan fesyen itu mendapat sambutan luar biasa yang turut membabitkan penyertaan empat Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.
“Sebenarnya, sehingga ke hari ini kami menerima permohonan dari banyak IPT untuk menyertai pertandingan ICFW.
"Namun, untuk anjuran kali ketiga ini, kami hanya memilih empat IPT sahaja kerana mahu lebih fokus dan pentingkan kualiti.
“Insya Allah, ICFW tahun depan kami akan libatkan lebih banyak IPT untuk menghantar peserta.
“Apa-apa pun kami lihat juga kesungguhan dan rekaan yang bakal ditampilkan. Ini kerana, kami mahukan sentuhan baharu, kreatif dan idea luar kotak terhadap busana tradisional.
“Dalam masa yang sama, ICFW adalah platform buat mereka untuk dikenali dan terus ‘terbang tinggi’ dalam bidang rekaan fesyen. Melalui pertandingan seperti inilah bakat mereka boleh digilap dan bersaing secara sihat.
“Ada juga yang bertanya, buat apa penat lelah memberi ruang kepada para pelajar IPT. Jawapannya adalah rasa tanggungjawab kami sebagai anak muda untuk terus memartabatkan budaya Malaysia,” katanya.
Farel ditemui media pada acara ICFW (sesi pelajar IPT) di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, hari ini (2 Ogos 2024).
Dalam masa yang sama, Farel juga berharap segelintir netizen yang gemar merendah-rendahkan bakat pereka fesyen muda, dapat mengkritik secara membina.
“Tak dinafikan, netizen bebas berkata atau menulis apa sahaja dalam media sosial mereka. Iyalah, itu hak mereka yang kita tak boleh sekat.
“Namun, janganlah menghina atau mengeji rekaan pereka muda yang masih dalam proses belajar. Janganlah patahkan semangat mereka yang berusaha gigih untuk lakukan yang terbaik.
“Kami tahu bagaimana sakitnya rasa dihina dan rekaan kita diperlekehkan. Bukan tak boleh menegur atau komen, tapi biarlah kritikan yang membina. Tegur kelemahan dan cadangkan apa yang lebih baik agar mereka dapat pelajari sesuatu,” ujarnya.
Manakala Jonathan pula berharap ICFW ini menjadi pemangkin kepada anak-anak muda di IPT untuk menyerlahkan bakat mereka.
“Saya rasa berbangga apabila ramai anak muda yang cenderung memperjuangkan busana tradisional yang merupakan sebahagian daripada budaya kita. Inilah masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.
“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen. Jadi ICFW inilah peluang buat mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, tahun 2024 menyaksikan kelainan ICFW berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Keputusan bagi ICFW sesi IPT diumumkan pada 3 Ogos ini, di mana mereka turut berentap dengan pereka fesyen muda yang sudah mempunyai jenama sendiri.
Apa yang istimewa, Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya.
Selain itu, antara penaja yang turut serta menyokong acara ini adalah Affin Bank Berhad, Vivo, Pavilion Damansara Heights, MyCar, Sunshine Asia Group, Famous Amos, Ascott Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1001 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.
Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos. Orang ramai dijemput hadir memakai tanjak bagi memeriahkan lagi acara.
#Viral
#Gaya Hidup
#Fesyen
#UiTM
#Pertandingan
#IPT
#Selayang
#Farel Mikhail
#ESMOD
#Precious Of Malaysia