Hiburan
“Kami Tak Pressure, Hanya Go With The Flow..” - Syamim Freida Mohon Doa Rezeki Anak
Sudah memasuki lapan tahun usia perkahwinan, pelakon dan pengacara Toh Puan Syamim Freida menganggap masih belum ada rezeki buatnya dan suami untuk menimang cahaya mata.
Mohon doa orang ramai
Hanya mengikut aturan Ilahi, Syamim atau nama lengkapnya Syamim Mohd Farid, 33, meminta orang ramai mendoakannya dikurniakan zuriat.
“Belum ada rezeki, saya dan suami tidak saling menekan antara satu sama lain. Kami hanya ‘go with the flow’.
“Selagi saya boleh bekerja, saya akan bekerja dan suami beri keizinan. Dia restu saya ada komitmen dengan industri.
“Kalau bercakap fasal zuriat, itu bukan saya punya kuasa. Tetapi kalau ada, alhamdulillah. Doakanlah,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media program temu bual Tiga IS3 yang diadakan di Restoran Majapahit, Mont Kiara, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Permintaan Drift Ditolak IshowSpeed,
BERITA TRENDING: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer
BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung HamilBERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan
Dalam pada itu, Syamim memberitahu, sekiranya mempunyai masa lapang, dia dan suami akan melakukan aktiviti beriadah dan bercuti.
“Kalau ada masa terluang dan lapan, saya bersama suami akan buat aktiviti riadah seperti gym atau pergi bercuti,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.
Program temu bual Tiga IS3 akan berkongsi banyak kisah menarik tentang rumah tangga dan kehidupan seharian Syamim bersama dua lagi hos iaitu Uyaina Arshad dan Adriana Adnan.
Diterbitkan oleh FYP Media, Tiga IS3 sudah mula ditayangkan pada 22 September bersempena Wife Appreciation Day yang disambut pada minggu ketiga bulan September.
Sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, jam 5 petang menerusi YouTube FYP Media.