Laman Utama
"Kami Tidak Akan Maafkan Kazar Bantu Anaknya Kahwin Dengan ..." - Ibu Syamsul Yusof
Beredar satu paparan skrin tertera komen yang difahamkan ditulis oleh ibu kepada pelakon dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail.
Dalam kenyataan yang tular itu, Patimah meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pelakon veteran, Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya, Ira Kazar bernikah dengan Syamsul.
"Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka!
"Namun, kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu," demikian tulisnya.
Syamsul pada Jumaat mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.
Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wali kepada pasangan terbabit.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.