Berita

Kate Middleton Selesai Jalani Rawatan Kemoterapi

Awani
10/09/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Kate Middleton Selesai Jalani Rawatan Kemoterapi
Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan beliau setelah menamatkan rawatan kemoterapinya dalam video yang sangat peribadi yang dikeluarkan oleh Istana Kensington, pada Isnin.
Kate mendedahkan pada Mac lalu beliau sedang menjalani rawatan kanser dan hilang dari pandangan umum sepanjang tahun ini.
Beliau juga terikat dengan beberapa komitmen sepanjangan tahun ini termasuk acara peringatan pada bulan November dan konsert lagu-lagu Krismas yang diadakan secara tahunan.
Dalam mesej video yang sarat dengan emosi itu, Kate berkata, tahun ini "sangat sukar" dan "bahawa kehidupan yang anda tahu boleh berubah dalam sekelip mata."
Perkembangan terkini kesihatan Kate secara tidak langsung membawa mesej positif berhubung kemajuan keadaan kesihatannya serta masih terdaat jalan yang panjang menanti di hadapan.
Istana Kensington turut memaklumkan, pada tahap ini, adalah tidak mungkin untuk mengatakan sama ada Kate benar-benar bebas daripada kanser.
Puteri turut menggambarkan pengalaman kansernya sebagai "perairan bergelora" yang "rumit, menakutkan dan sukar diramal."
"Dengan rendah hati, ia juga membuatkan anda berhadapan dengan kelemahan anda sendiri dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini dan itu memberikan satu perspektif baharu terhadap segala-galanya," kata puteri tersebut dalam mesej video yang dirakamkan bulan lalu di Norfolk.
Video yang dirakam dengan latar warna-warna musim luruh itu menunjukkan betapa gembiranya beliau setelah menyelesaikan peringkat rawatan ini.

"Ketika musim panas berakhir, saya tidak dapat ungkapkan betapa leganya setelah akhirnya menyelesaikan rawatan kemoterapi saya," kata Kate yang kelihatan sedang memandu dan berjalan bersama keluarganya.

Puteri itu juga dijangka kembali untuk memenuhi beberapa lawatan akhir tahun ini, berkemungkinan termasuk upacara peringatan tahunan di Cenotaph.
Sumber istana juga menekankan bahawa masih jauh untuk Kate kembali bertugas sepenuh masa dan puteri juga akan menjadikan kesihatannya sebagai fokus utama untuk beberapa bulan akan datang.
"Laluan saya untuk kembali sembuh dan pemulihan sepenuhnya sangat panjang dan saya perlu meneruskan hari-hari mendatang itu," kongsi beliau lagi.
Kata Kate, walaupun melalui masa-masa sukar, namun, pengalamannya itu telah memberinya " harapan dan penghargaan yang perlu diperbaharui terhadap kehidupan."
Kate berada dalam proses pemulihan dan menjauhkan diri daripada tugas-tugas awam untuk sebahagian besar tahun yang mencabar ini.

BERITA TRENDING: Malu & Mohon Maaf Persenda Kate Middleton, Blake Lively Tetap Dilabel Pembuli

BERITA TRENDING: Kate Middleton Hidap Kanser, Mulakan Rawatan Kemoterapi

Masalah kesihatannya bermula pada Januari lalu, ketika beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan abdomen jenis yang tidak didedahkan.
Sekitar bulan Mac, puteri itu mendedahkan beliau didiagnosis kanser dna memberitahu sedang menjalani rawatan dan memerlukan privasi semasa tempoh pemulihannya.
Berita itu disifatkan Kate sebagai "kejutan besar" selepas "beberapa bulan yang sangat sukar."
Penampilan awam pertama Kate selepas pengumuman itu ialah pada 16 Jun lalu apabila beliau menyertai keluarga diraja melambai dari balkoni Istana Buckingham sempena acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Color.
Menjelang kemunculan itu, puteri mengeluarkan kenyataan peribadi yang optimistik tetapi berhati-hati, mengumumkan kepulangannya sambil memberitahu belum "belum pulih sepenuhnya " dan mengalami "hari yang baik dan hari buruk" dengan rawatan kansernya.
Penampilan terbaharu Kate ialah pada Julai lalu apabila beliau diberi tepukan gemuruh di Wimbledon semasa menghadiri perlawanan akhir kejohanan tenis perseorangan lelaki.

BERITA TRENDING: 2 Bulan Tak Muncul Di Khalayak Umum, Ada Saksi Dakwa Kate Middleton Nampak ‘Sihat & Ceria’?

BERITA TRENDING: Di Mana Kate Middleton?

Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar