BERITA

"Keakraban Mira Filzah & Remy Ishak Tidak Menjejaskan Hubungan Baik Kami" - Zizan Razak

Rozaimi Zubaidi 06/03/2019 | 02:48 MYT
Pelawak dan pengacara Zizan Razak mengakui hubungan keakrabannya bersama pelakon Mira Filzah tidak terjejas walaupun aktres itu dikaitkan rapat bersama Remy Ishak.
Menurut Zizan, dia masih berkawan baik dengan Mira dan Remy memandangkan mereka merupakan rakan dalam industri.
"Saya tidak lihat keakraban Mira Filzah dan Remy Ishak menjejaskan hubungan baik kami.
"Kami masih berkawan baik kerana masing-masing ada dalam industri yang sama.
"Saya dan Mira hanya rapat sebagai kawan dan saya boleh katakan hubungan persahabatan kami tidak terjejas walaupun kini dia dilihat lebih rapat dengan Remy.
"Jika ditanya mengenai hubungan mereka, saya rasa perkara itu harus ditanya sendiri kepada Remy dan Mira kerana saya tidak boleh memberi sebarang jawapan," katanya kepada Gempak.
Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Selain Zizan, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.
Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’, mulai 14 Mac ini.
#pelakon #Zizan Razak #Mira Filzah #Pelakon