Berita
Kebakaran Di IOI Mall Damansara, Orang Awam Bertindak Pantas Kawal Api
Kebakaran telah berlaku di sebuah kedai di IOI Mall Damansara, Petaling Jaya pada Isnin telah menyebabkan 80 peratus daripada sebuah bilik mengalami kerosakan sebelum api berjaya dipadamkan oleh orang awam.
Menurut New Straits Times, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyatakan kebakaran itu melibatkan sebuah bilik berukuran 8x8 kaki persegi di dalam kedai berkenaan.
Api berjaya dikawal sepenuhnya, dan mujurlah tiada kecederaan dilaporkan.
Pihak berkuasa memuji tindakan pantas orang awam dalam menghalang kebakaran daripada merebak sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
BERITA BERKAITAN: Kapal Terbang Bawa 176 Penumpang Terbakar Di Busan
BERITA BERKAITAN: Penduduk Marah Uya Kuya Rakam Rumah Musnah Kebakaran LA, Tak Sensitif
BERITA BERKAITAN: Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah Terbakar
BERITA BERKAITAN: Mayat Pelakon Veteran Ditemui Beberapa Hari Terbakar Dalam Kediaman Hangus Di LA
Berkat respons pantas orang ramai, api berjaya dipadamkan sebelum ketibaan pihak bomba.
Operasi pemadaman diketuai oleh Komander Mohd Redzuan Rosli dengan bantuan daripada Balai Bomba Damansara dan Sungai Buloh, melibatkan seramai 14 anggota. Dua jentera bomba dan satu kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) turut dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sumber: Malay Mail