Viral
Kecoh Bila Kereta Audi Rentung Di Kawasan Perumahan Menjelang Syawal… Apa Sebabnya?
Berbaki beberapa hari menjelang Aidilfitri, satu keluarga diuji dengan dugaan berat apabila kenderaan mereka terbakar dipercayai disebabkan terkena bunga api.
Disebabkan Bunga Api?
Menerusi posting yang dibuat oleh seorang pengguna Platform X, individu itu mendakwa kereta berjenama Audi tersebut rentung disebabkan oleh tindakan anak kepada jiran mangsa yang membakar bunga api di kawasan kejiranan berkenaan.
“Kereta Audi terbakar sebab anak jiran dia main bunga api sebelah taman aku. Lagi dua hari je wei nak raya,” tulisnya.
Kete Audi terbakar sebab anak jiran dia main bunga api sebelah taman aku. Lagi 2 hari je wei nak raya ?? pic.twitter.com/KT2ZvCyIJG— aswadi (@aswadi_didi) April 7, 2024
Netizen Timbul Persoalan
Entri itu meraih perhatian netizen di mana ada yang timbul persoalan sama ada ia benar-benar disebabkan oleh kegiatan bermain bunga api, dan dalam pada masa yang sama, ada juga segelintir mendakwa bahawa punca kebakaran berikut masih lagi disiasat.
“Lorong rumah aku ni, punca tak tahu lagi. Aku dah tengok video penuh CCTV 30 minit sebelum terbakar, tak ada budak main bunga api pun,”
“Pelik juga bunga api boleh jadi punca terbakar sampai macam ni. Takkan lah budak tu main bunga api pergi pancarkan dekat tangki minyak kereta?”
“Penipuan insurans pun boleh jadi dalam ekonomi yang macam ni,”
“Seriouslah pasal bunga api!?”
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran, seorang pengguna X mendakwa bahawa tiada sebarang kegiatan kanak-kanak bermain bunga api menerusi rakaman litar tertutup yang berdurasi 30 minit.
Bagaimanapun, sehingga sekarang masih lagi tiada maklumat sahih tentang punca kebakaran itu berlaku.Video 30 minit. Kereta start terbakar minit ke 18. Memang ada api kecik kat sebelah tu. Tak padam betul2. Suka2 jer kata punca budak main bunga api ? pic.twitter.com/B0n675VCqR— faisalehsan (@ffaisalehsan) April 7, 2024
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih lebih 70,000 tontonan di Platform X.
BERITA TRENDING: Jijik! Beli Air Keladi Tepi Jalan, Pakej Bangkai Cicak! - “Ingatkan Cincau, Rupanya…”
BERITA TRENDING: Rindunya Kenangan Raya Dulu-Dulu, No.3 Tu Paling Payah Nak Cari Dah Zaman Sekarang Ni!
Sumber: Platform X
Must-Watch Video