Berita

Kegagalan Kawal Penerbangan Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

Asyikin Mayudin
16/08/2024
09:14 MYT
Sponsor Banner
Kegagalan Kawal Penerbangan Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina
Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Bandar Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
Laporan akhir yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati punca utama kemalangan tersebut adalah peluasan secara tidak sengaja 'lift dump spoilers' yang kemungkinan besar dilakukan oleh juruterbang semasa melakukan pemeriksaan sebelum pendaratan.
Tindakan tersebut menyebabkan kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, seterusnya mengakibatkan kehilangan kawalan yang dahsyat sehingga berlakunya nahas.
Siasatan juga mendedahkan susunan tempat duduk kru tidak mematuhi protokol ditetapkan dalam Manual Penerbangan Pesawat.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber - AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar