Viral
Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Ashley Paul Griffith, 46, mengaku bersalah melakukan perbuatan keji tersebut kepada kanak-kanak di bawah jagaannya, lapor The Independent.
BERITA TRENDING: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan
Pedofil tersebut dituduh dengan 28 kes rogol, 190 amang seksual serta 67 bahan berkaitan eksploitasi kanak-kanak yang dilakukan di beberapa pusat jagaan di Australia dan Itali antara tahun 2003 hingga 2022.
Dia ditahan pada Ogos 2022 selepas pihak berkuasa menemui konten ‘keji’ yang dimuat naik di ‘dark web’. Hasil siasatan menemukan lebih 1,400 bahan berkaitan rogol dan penderaan kanak-kanak yang terdapat dalam perkakasan elektronik miliknya.
Perbuatan keji Griffith tidak pernah terbongkar sebelum ini. Namun sebulan sebelum ditangkap, pengurus di pusat jagaan kanak-kanak tempat lelaki itu bekerja membuat laporan selepas ternampak Griffith mencium seorang anak perempuan.
Namun Griffith tidak ditangkap apabila polis tidak menjalankan siasatan lanjut dan membenarkan lelaki tersebut terus bekerja di pusat jagaan sama.