Hiburan

Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr Jezamine Titip Pesanan Untuk Wanita Di Luar Sana - “Jangan Jangkakan Suami Anda Akan Menjadi…”

Asyikin Mayudin
28/07/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr Jezamine Titip Pesanan Untuk Wanita Di Luar Sana - “Jangan Jangkakan Suami Anda Akan Menjadi…”
Reda apabila rumah tangga yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian, bekas isteri kepada pelawak Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim tetap kelihatan tenang sebaik sahaja talak dilafazkan pada Khamis lalu.

Titip Pesanan

Sememangnya seorang yang tenang, Dr Jezamine berkata sebagai seorang wanita perlu berdikari dan tidak bergantung kepada mana-mana lelaki untuk menjalani kehidupan.

“Itu adalah personaliti saya, tapi saya selalu percaya kita sebagai wanita perlu berdiri atas kaki sendiri dan berdikari. Itu adalah satu-satunya nasihat yang saya boleh berikan kepada wanita di luar sana.

“Di penghujung hari, jangan jangkakan suami anda akan menjadi segala-galanya bagi awak. Saya tidak kata Harith begitu, dia adalah seorang suami dan ayah yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

“Tapi kita selalu berdiri di atas kaki sendiri dan ada impian sendiri dan kejar impian awak,” kata Dr Jezamine kepada Gempak.
Terdahulu, Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali pada Khamis lalu.
Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan punca perceraian disebabkan tiada persefahaman dan mereka juga masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak.
Bekas suami didakwa berlaku curang, Dr Jezamine bagaimanapun hanya berharap tiada lagi pihak yang mengungkit atau membuat spekulasi mengenai punca perceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

Sebelum ini kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas Dr Jezamine memfailkan cerai pada 24 Jun lalu. Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.
Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar