Laman Utama

Kelly Rowland Menyesal ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Beyonce

Izwan Isa
16/07/2023
15:50 MYT
Sponsor Banner
Kelly Rowland Menyesal ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Beyonce
Kelly Rowland mengungkapkan penyesalan terbesar yang pernah dilakukan sepanjang ditemubual media massa.
Kata Rowland, dalam banyak-banyak kenyataan yang dikeluarkan, dia amat menyesal kerana telah mendedahkan jantina salah anak sahabat baiknya, Beyonce.
Meski melakukan hal itu tanpa sengaja, namun Rowland mengaku dia tidak sepatutnya mengambil tahu urusan orang lain sehingga melanggar privasi mereka.
Dia menyifatkannya sebagai pengalaman paling buruk, Rowland yang muncul di podcast Yeah, I F**ked That Up.
“Saya telah membuat kesilapan besar dengan mendedahkan jantina anak Beyonce sewaktu dia hamilkan Blue. Itu adalah momen paling buruk. Sangat buruk,” kata Rowland seperti dilaporkan CNN.
Temubual tersebut dilakukan pada tahun 2011 dan Rowland antaranya mengatakan suami Beyonce, Jay Z sedang sibuk membeli barangan bayi perempuan mereka yang bakal lahir.
“Saya rasa sangat teruk kerana ia bukan urusan saya,” tambahnya lagi.
BACA: Beyonce, Jay Z Beli Mahligai Termahal Di California, Harga Cecah RM907 Juta!​
BACA: Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada Tanggung Aib​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar