Filem

Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee

Izwan Isa
02/03/2024
04:53 MYT
Sponsor Banner
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
Rumah produksi Astro Shaw dengan bangganya menjalinkan kerjasama bersama jenama kopi terkemuka, Wonda Coffee bagi merealisasikan Keluang Man, adiwira kesayangan Malaysia!
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya sangat teruja untuk berkolaborasi dengan pengeluar dan pengedar minuman terkemuka Malaysia, Etika bagi memacu transformasi kandungan filem di Malaysia.
“Usahasama ini adalah permulaan yang kukuh buat Astro Shaw dalam menetapkan standard baharu bagi rangka pemasaran filem yang lebih inovatif. Kami percaya jenama Keluang Man dan Wonda Coffee mempunyai persamaan iaitu mengutamakan elemen lokal dan ia amat dekat dengan masyarakat Malaysia.
“Dengan memanfaatkan pengalaman Astro Shaw dan Etika, kami yakin kolaborasi ini mampu mencapai objektifnya. Sementara itu, kami turut rasa berbesar hati apabila filem Keluang Man diberikan ruang untuk dipamerkan di KidZania dan usaha ini mampu memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baru.
“Nantikan pelbagai strategi kreatif dan aktiviti menarik menerusi kolaborasi ini. Antaranya akan datang, peminat boleh mencalonkan individu yang telah memberikan impak dalam masyarakat, dan layak untuk dinobatkan sebagai ‘Keluang Man of the Month’ di Gempak.com, dan pemenangnya akan diumumkan menerusi program Gempak Most Wanted di Astro Ria.
“Inisiatif ini bertujuan mengiktiraf wira Malaysia yang tidak didendang dan mempunyai kualiti sama dengan Keluang Man yang berani,” katanya.
Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan pula berkata: "Wonda Coffee sentiasa bertakhta di hati rakyat Malaysia. Kami komited untuk meraikan rakyat Malaysia dan bakat tempatan unik yang ada di Malaysia.
“Melalui kerjasama bersama Astro Shaw untuk Keluang Man, kami ingin menzahirkan sekali lagi sokongan kami untuk industri hiburan tempatan, menyokong pengarah berbakat, penulis, pelakon berbakat serta usaha produksi dan pasca produksi yang membawa lagenda ini ke layar perak.
“Sebagai jenama yang percaya akan kuasa bakat tempatan, kami bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sekadar jenama minuman, tetapi untuk menjadi minuman pilihan yang sinonim dengan rakyat Malaysia apabila menikmati setiap perjalanan sinematik tempatan.
"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw untuk merealisasikan Keluang Man menerusi cara yang begitu menarik dan interaktif. Di KidZania hari ini, sebagai salah satu langkah pertama dalam perjalanan kami bersama Keluang Man, kami memperkenalkan zon wall climbing unik. Kami mahu memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk merangkul semangat adiwira mereka, memupuk keberanian, keazaman, dan rasa untuk mengembara!” tuturnya.
Pelancaran zon wall climbing Keluang Man menandakan permulaan kerjasama dinamik antara Wonda Coffee dan Astro Shaw. Kedua-dua jenama ini komited untuk membawa pengalaman yang lebih inovatif dan menarik kepada rakyat Malaysia, memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai tahap baharu di samping menyerlahkan potensi mereka.
Melalui kerjasama inovatif antara Wonda Coffee dan Astro Shaw, zon wall climbing Keluang Man menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk pengunjung, menggabungkan keterujaan pengembaraan dengan semangat kepahlawanan yang dijelmakan oleh Keluang Man.
Ditampilkan secara eksklusif hanya di KidZania Kuala Lumpur, pengunjung berumur 8 hingga 17 tahun akan dapat menguji kemahiran adiwira mereka di zon wall climbing.
Zon wall climbing, sebahagian daripada pengembaraan yang ditampilkan di KidZania mula diperkenalkan sebagai salah satu tarikan utama. Dengan pengenalan rasmi Zon Wall Climbing Keluang Man, KidZania meramalkan lebih 400,000 pengunjung pada tahun 2024.
Tonjolkan semangat adiwira dalaman anda sekarang! Kunjungi KidZania Kuala Lumpur untuk memulakan pengembaraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, meningkatkan tahap baharu dengan Keluang Man dan Kopi Wonda.

BERITA TRENDING: Realisasikan Live Action Superhero Ikonik Malaysia, Ini Antara Sebab Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang…

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar