Berita

Keluar COD, Gadis Ditemui Terapung Dalam Sungai

Gempak
18/02/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Keluar COD, Gadis Ditemui Terapung Dalam Sungai
Seorang gadis ditemui mati terapung di dalam sungai setelah dipercayai dibunuh dan dirompak ketika keluar menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) Jakarta, Indonesia pada 11 Februari lalu.
Menurut bapa mangsa, Misman, 59, anak keduanya, Putri Regita Amand, 18, tidak pulang ke rumah selain gagal dihubungi selepas keluar membawa motosikal jenis Honda Vario dan telefon bimbit sekitar jam 4 petang pada 10 Februari.
Bagaimanapun, Misman cuba menghubungi mangsa setelah dia risau anaknya itu tidak pulang ke rumah walaupun waktu sudah melepasi jam 10 malam.
Agak mengejutkan, bapa mangsa gagal menghubungi Putri Regita setelah telefon bimbit tidak berada dalam keadaan aktif.
“Telefon bimbit Putri hanya aktif awal pagi sekitar jam 1 pagi. Walaupun panggilan disambungkan tetapi tidak dijawab.
“Keesokannya, baru saya dikhabarkan berita tentang penemuan mayatnya di media sosial yang terapung di sungai,” katanya.
Lebih menyedihkan, pemergian anaknya itu terjadi selepas Misman baru sahaja kehilangan isteri kira-kira setahun lalu.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jombang, Pesuruhjaya Kanan, Margono Suhendra berkata, hasil ujian forensik membuktikan mangsa telah dipukul dengan objek tumpul sebelum dicampak ke dalam sungai.
Bukan sahaja dibunuh, mangsa turut dirompak selepas motosikal dan telefon bimbit dilaporkan hilang hanya pakaian, rantai dan cincin yang ditemui pada badannya.
“Setakat ini, polis telah memeriksa lima orang saksi yang terdiri daripada penduduk yang telah menemui mayat mangsa selain turut menyoal siasat tiga rakan sekolahnya.
“Orang ramai juga dimohon untuk mendoakan supaya kes ini dapat diselesaikan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024