HIBURAN
Aisha Retno Berhijab Manis Ketika Pertama Kali Sertai Majlis Usrah, Peminat Doa Kekal Istiqamah - “Insya-Allah Doakan Ya”
Penyanyi Aisha Retno mencuri tumpuan di media sosial apabila tampil manis berhijab baru-baru ini.
Penampilan Sopan & Berhijab Tuai Pujian
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aisha atau nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkongsi foto-foto dia mengenakan hijab serba cerah ketika mengikuti majlis usrah anjuran selebriti, Neelofa tempoh hari.
Menurut Aisha, dia teruja apabila pertama kali mengikuti majlis ilmu tersebut bersama rakan-rakan selebriti lain.
“Hihu try lilit-lilit randomly here and there. Mashaallah thank you queen Neelofa for having me and the other amazing celebrity friends for this amazing usrah with ustaz Wadi Anuar.
“My first usrah ever hehe, and what a reunion also dapat jumpa all the amazing gorgeous friends in town.
“Semoga kita semua dapat keberkatan dan manfaat yang tebal dan tinggi sebelum menjejaki bulan puasa yang mulia kelak sebentar saja lagi, what a pencerahan and ilmu ive learned yesterday, bismillah to more,” coretnya positif.
Pelantun lagu Sutera itu turut teruja apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan selebriti lain seperti Izara Aishah, Mira Filzah, Amira Othman, Zizi Kirana, Kaka Azraff, Wany Hasrita dan ramai lagi.
Pengikut Doa Istiqamah
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan sopan Aisha itu.
Ramai juga yang turut mendoakan agar Aisha terus istiqamah selain berharap dapat berhijab penuh.
“Cantik ayu bertudung, moga terus istiqamah Aisha,” tulis seorang pengikut.
“Masya-Allah, cantiknya Aisha,” puji pengikut lagi.
“Yang perempuan tengok pun dah jatuh cinta, komen netizen lain.
“Cantik dan comel Aisha Retno berhijab,” tulis netizen lagi.
“Kekalkanlah tudung tu,” komen netizen.
Dalam masa sama, Aisha turut sempat membalas komen yang diterimanya di ruangan komen tersebut.
“Insha-Allah, doakan ya,” balas Aisha.
Must-Watch Video