Laman Utama

Keluarga Dakwa Shuhada Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi Tiga Kali - "Dia Menerima Jahitan, Kami Dah Buat Laporan Polis"

Asyikin Mayudin
02/03/2023
10:20 MYT
Sponsor Banner
Keluarga Dakwa Shuhada Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi Tiga Kali - "Dia Menerima Jahitan, Kami Dah Buat Laporan Polis"
Teka-teki mengenai perkongsian foto wajah isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada berbalut kapas luka dan tangan berdarah akhirnya terjawab.
Ahli keluarga Shuhada mendakwa wanita itu mengalami kecederaan akibat ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran pada awal pagi tadi.
"Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka," dakwanya.
Ahli keluarga yang enggan didedahkan identitinya berkata Shuhada kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selain laporan polis juga sudah dibuat.
"Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
"Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad," ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, Shuhada masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang menimpanya dan memerlukan masa untuk berehat.
"Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil," katanya.
Terdahulu, Shuhada mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto wajahnya mengalami kecederaan dan gambar tangan penuh darah.
Dalam hantaran lain, Shuhada turut meluahkan rasa berang terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya yang dikenali sebagai Athira Yuhada.
BACA: Kongsi Gambar Wajah Bertampal Kapas Luka, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Sedang Dirawat Di Hospital
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar