Laman Utama

Kongsi Gambar Wajah Bertampal Kapas Luka, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Sedang Dirawat Di Hospital

gempak
Shahrin Zulkifle
02/03/2023
05:00 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Gambar Wajah Bertampal Kapas Luka, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Sedang Dirawat Di Hospital

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memaklumkan dia kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Bagaimanapun Shuhada yang berkongsi perkara itu menerusi muat naik terkini di Instagram Stories tidak menjelaskan punca dia menerima rawatan tersebut.

Malah, dia turut meminta maaf kerana tidak dapat memberi kerjasama kepada pihak media dan beberapa pihak lain yang cuba menghubunginya.

“Assalamuailakum pada rakan media, clients dan sahabat yang hubungi Shu, Shu minta maaf sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ini.

“Sebab Shu sedang menerima rawatan di hospital. Shu akan beri kerjasama selepas semua rawatan selesai. Doakan Shu kuat,” kongsinya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi sekeping gambar separuh wajah yang ditampal kapas luka.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Shuhada mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Malah, Hafidz dilaporkan sudah melafazkan cerai talak satu terhadap Shuhada di hadapan keluarga wanita itu. Bagaimanapun, sebutan kes yang sepatutnya berlangsung 1 Mac lalu di mahkamah ditangguhkan.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live