Berita
Kemalangan Maut: Empat Sekeluarga Dikebumi Dalam Dua Liang Lahad
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Kesemua mangsa dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu, Terengganu.
Mangsa terkorban dalam nahas itu ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48 dan isterinya, Shazwani Ismail, 39; anak mereka Muhammad Fakrul Danish, 20, dan Farhana Ismail, 35; yang juga adik kepada Shazwani.
Allahyarham Mohd Junaizi disemadikan dalam satu liang lahad bersama Muhammad Fakrul Danish manakala Shazwani dikebumikan bersama Farhana.
Sebelum itu, empat van yang membawa kesemua jenazah tiba Masjid Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, kira kira jam 7 pagi sebelum disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan di kampung tersebut sekitar jam 8 pagi.
Suasana hiba dan pilu mengiringi majlis pengebumian yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan kenalan mangsa bagi memberi penghormatan terakhir yang maut ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands itu.
Turut klihatan ahli keluarga serta dua anak pasangan suami isteri tersebut iaitu Nur Jihan Irdina Muhammad Junaizi, 13, dan Nur Anis Zahra Nazihah, 12.
Kedua-duanya kelihatan sugul dan bersedih dengan kehilangan kedua ibu bapa serta ibu saudara mereka yang meninggal dunia dalam tragedi tersebut.
Nahas berlaku kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan lima mangsa maut termasuk pemandu lori jenis Nissan, G. Mageswara, 53.
BERITA TRENDING: “Asalkan Saya Cari Rezeki Halal” - Fattah Amin Tak Kisah Digelar Tauke Kambing
BERITA TRENDING: Alif Hadi Dedah Pernah Berkahwin, Suka Wanita Lebih Berusia - “Saya Seorang Duda..Yang Mungkin Terlajak Laris…”
BERITA TRENDING: Abang Tesla Bengang Ada Individu Suka ‘Menyampai’ Setiap Kali Keluar Bersama Isteri Kedua - “Cukuplah Jadi B*doh DM Bini Pertama Aku..”
BERITA TRENDING: Simple & Sopan, Penampilan Ameera Khan Raih Pujian Netizen - “Definisi Orang Kaya Tak Perlu Berpakaian Over..”
Kesemua mangsa disahkan terkorban di lokasi kejadian.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca apabila sebuah lori membawa muatan batu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu.
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian