Hiburan

Abang Tesla Bengang Ada Individu Suka ‘Menyampai’ Setiap Kali Keluar Bersama Isteri Kedua - “Cukuplah Jadi B*doh DM Bini Pertama Aku..”

gempak
Umirah Halim
26/10/2024
05:43 MYT
Sponsor Banner
Abang Tesla Bengang Ada Individu Suka ‘Menyampai’ Setiap Kali Keluar Bersama Isteri Kedua - “Cukuplah Jadi B*doh DM Bini Pertama Aku..”

Pempengaruh Abang Tesla menyelar tindakan seorang individu yang didakwa telah menjadi ‘penyampai’ kepada isteri pertama sewaktu dia meluangkan masa bersama isteri kedua.

Kaki report bini pertama

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry menyifatkan tindakan tersebut seperti perbuatan yang tidak berfaedah.

“Pelik aku tengok perempuan bodoh sibuk perhatikan hidup aku. Aku tak ada update hidup aku berkeluarga, sibuk nak tengok aku punya hidup.

“Sibuk mesej-mesej bini (nombor satu) aku kalau aku pergi berjalan dengan bini nombor dua.

“Cukup-cukuplah jadi bodoh pergi DM bini aku bagitahu aku pergi mana. Hidup kau dah bosan sangat ke sampai aku pergi mana kena ambil tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abang Tesla turut mendedahkan bahawa dia sentiasa akan memaklumkan kepada isteri pertama sekiranya dia mahu keluar dengan isteri kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

“Bini nombor satu aku tahu je aku pergi mana. Sebelum aku bawa bini nombor dua jalan, aku akan bawa bini nombor satu jalan. Tapi korang DM dia, nak dia sakit hati ke apa?,” katanya lagi.

Tidak tahan dengan individu yang gemar menganggu privasinya, Abang Tesla turut membuat keputusan untuk mengurangkan berkongsi mengenai kehidupannya dalam media sosial kerana tidak mahu ada pihak yang terasa hati.

“Aku tak update hidup aku sebab tak nak korang yang tersakiti ini jadi sakit hati.

“Aku cuma update fasal kerja je dekat sosial media. Cukup-cukup lah fasal kebahagiaan.

“Anak aku pun aku memang privasikan sebab tak nak orang bodoh nanti cakap bukan-bukan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Abang Tesla pernah menjadi tumpuan orang ramai kerana memuat baik video dirinya sudah berkahwin kali kedua sehingga tular di media sosial.

Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024