Laman Utama

"Kematian Matthew Perry Disebabkan Ketamin" - Koroner

Gempak
16/12/2023
15:01 MYT
Sponsor Banner
"Kematian Matthew Perry Disebabkan Ketamin" - Koroner
Pegawai kesihatan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan punca kematian pelakon Hollywood, Matthew Perry adalah akibat kesan sampingan ketamin.

BERITA TRENDING: Pelakon Sitkom Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia Akibat Lemas

Bintang berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam kolam renang di rumahnya di Los Angeles pada Oktober lalu, namun pemeriksaan bedah siasat pada ketika itu tidak membawa kepada sebarang keputusan.
Lemas telah disenarai sebagai antara sebab punca kematian.
Antara faktor lain yang dikesan sebagai punca kematian pelakon berusia 54 tahun itu adalah penyakit jantung dan kesan sampingan buprenorphine, yang digunakan untuk merawat ketagihan opioid.
Mendiang paling dikenali dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends.

BERITA TRENDING: Matthew Perry Didakwa Gembira Sebelum Ditemui Mati, Bintang Friends Berduka

Siri komedi itu mengisahkan tentang enam rakan muda yang tinggal di New York dan disiarkan dari tahun 1994 sehingga 2004.
Episod terakhirnya ditonton oleh 52.5 juta rakyat AS, menjadikan ia episod TV paling ditonton pada tahun 2000-an.
Perry pada ketika itu dilaporkan mengalami masalah ketagihan terhadap ubat tahan sakit dan minuman keras.
Mendiang turut menghadiri sesi pemulihan di klinik beberapa kali.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024